HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tiga orang aktivis ditahan semasa melakukan Flashmob Bantah GST di Gaya Street Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Mereka yang ditangkap ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah, Mohf Fathihie Daimin, jurucakap Gabungan Anak Muda Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) Mohd Khairuddin Daud dan aktivis Gegar, Firman Firdaus.
Flashmob tersebut disertai kira-kira 30 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda.
Menurut kenyataan Suaram, semua yang ditangkap dibawa dengan kereta peronda polis ke Balai Polis Karamunsing. Peguam Abdul Razak Jamil akan mewakili ketiga-tiga yang ditangkap.
Menurut Khairuddin yang turut ditangkap, pihak polis tidak membenarkan flashmob tersebut diteruskan atas alasan penganjur tidak memenuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu penyerahan notis 10 hari sebelum sesuatu himpunan.
Pihak penganjur telah meminta budi bicara pihak polis untuk memberi masa 5 minit untuk flashmob tersebut diteruskan, namun belum pun cukup 5 minit, pihak polis terus menahan ketiga-tiga aktivis berkenaan.
Sehubungan itu Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata pihaknya dan Gegar membantah penangkapan itu kerana mencabuli Hak Kebebasan Berhimpun dan Kebebasan Berekspresi yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.
“Penangkapan ini juga bercanggah dengan prinsip Hak Kebebasan Berhimpun yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang turut ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan bersama Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin kepada Harakahdaily.
Bahkan, beliau merujuk kepada Kes Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa berhubung perhimpunan Black 505 yang mana Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu telah memutuskan bahawa hukuman denda RM10,000 yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak sah.
Atas dasar itu, katanya Suaram dan Gegar melihat tangkapan yang dilakukan ke atas tiga orang aktivis ini adalah salah dan pihak polis perlu membebaskan mereka dengan segera.
Justeru, ujarnya Suaram dan Gegar menggesa orang ramai untuk turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing di talian 088-242 111 untuk mendesak pembebasan tiga aktivis tersebut