Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO serah memorandum bantah TPP

$
0
0

NGO serah memorandum bantah TPP Antara peserta wanita yang turut hadir memegang poster di flashmob membantah TPP secara aman di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR - Beberapa NGO hari ini yang membantah rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan sama-sama berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap isu tersebut.

Bendahari Parti Sosialis Malaysia (PSM), A Sivarajan berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pasti akan menekan kerajaan Malaysia untuk persetujui perjanjian TPP seperti mana yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

"Dalam lawatan Presiden AS ke Jepun, pihak AS seolah-olah memberikan komitmen politik kepada Presiden Jepun, Shinzo Abe, mereka tidak tolak rundingan TPP, namun mereka juga berjanji akan menyelesaikannya.

"Ini bermakna lambat-laun, pihak Jepun akan terpaksa menandatangani perjanjian tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online dalam Perhimpunan Bantah TPP di hadapan kompleks beli-belah Sogo, hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan haruslah sentiasa bertegas menolak rundingan perjanjian tersebut demi memelihara kesejahteraan rakyat.

"Jika kerajaan tandatangani rundingan perjanjian TPP, semua syarat kandungan perjanjian tersebut perlu dipatuhi dan ini akan membebankan rakyat," katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722