ASPAN ALIAS
Saya mengambil keputusan untuk menulis isu yang lain dan tidak akan menyambung artikel yang lepas seperti yang saya janjikan. Saya tidak dapat menyentuh blog saya sendiri sejak beberapa hari yang lepas kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Isu yang menarik bagi saya untuk memberikan komen ialah isu undang-undang hudud yang menjadi isu hangat sekarang ini setelah kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk membentang ‘private bill’ di parlimen dan bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan.
Isu ini telah mendapat reaksi yang bersalahan dari beberapa pihak termasuk dari MCA, komponen BN sendiri. Ketua Wanita MCA sendiri telah meminta Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dengan PKR untuk bertegas menentang usul yang akan dibentangkan oleh PAS kerana PAS adalah rakan kongsi Pakatan Rakyat. Heng Seai Kie telah meminta Anwar untuk memberhentikan usaha PAS untuk membentangkan bill itu jika Anwar benar-benar Anwar dan Pakatan mengotakan apa yang mereka janjikan.
MCA telah turut membidas DAP kerana tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk menggagalkan usaha PAS itu kerana ia dianggap oleh MCA sebagai permainan politik yang mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhannya. Permainan DAP, mengikut kata Ketua Wanita MCA itu adalah tindakan untuk mendapatkan undi semata-mata dan tidak membuat apa yang mereka perkatakan.
Tetapi pandangan MCA itu tidak sepenuhnya benar kerana DAP sememangnya telah berjanji yang kesemua 38 orang ahli legislatif nya di parlimen tidak akan menyokong usul itu dan menentang pembentangan bill tersebut.
Sebagai rakyat biasa saya tidak ada masalah tentang kehadiran hukum hudud dinegara ini. Hanya saya hendak memberikan pandangan yang usaha itu perlukan usaha yang sangat berhemah dan teliti agar ia tidak memberikan kesan negatif kepada negara. Sebagai seorang Islam adalah tidak patut saya menolak hukum hudud itu kerana itu adalah hukum yang diturunkan Allah s.w.t. dan bukannya yang dicipta oleh PAS. PAS hanya hendak memberikan hukum Tuhan itu keutamaan kerana kita semua bertuhan.
Mana mungkin oleh kerana Karpal Singh tidak setuju kita terpaksa membatalkan niat untuk melaksanakan hukum hudud itu. Takkanlah kita takut kepada Karpal dari hukum Tuhan.
Hudud ini wajar dilaksanakan kerana jika ia terlaksana dengan sempurna ia akan terbukti satu undang-undang yang berguna untuk semua manusia berbilang kaum, bukan setakat untuk orang Islam semata-mata.
Tetapi sebelum ia dilakukan ia perlu melalui penerangan yang teliti dan menyeluruh untuk kefahaman semua. Beri kefahaman kepada semua yang masih ramai mempunyai syak wasangka kepada hukum Islam ini. Ia perlu difahamkan dari hukum hududnya sehingga kepada hukum Qisasnya supaya ia akan di fahamkan yang hudud itu bukannya hukum yang tidak bertimbang rasa malahan undang-undang yang berupa undang-undang ‘preventive’ ini akhirnya menjadi undang-undang yang sesuai untuk diguna pakai oleh semua umat diakhir zaman ini.
Saya tidak memahami sepenuhnya undang-undang ini tetapi saya tahu dan yakin yang ianya adalah satu undang-undang yang boleh mengadili semua manusia dalam semua hal tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya sekarang ini ia belum ada usaha meyakinkan semua pihak dalam isu ini.
Kepada pihak yang berkata undang-undang Tuhan ini tidak dapat disesuaikan dengan perlembagaan negara, elok kita perkuatkan iktiqad yang perlembagaan negara itu adalah ciptaan manusia sedangkan hudud itu adalah ciptaan Allah s.w.t..
Kita pernah mendengar ada usaha untuk membawa isu hudud ini ke mahkamah suatu ketika dahulu. Tindakan itu nyata adalah tindakan untuk undang-undang buatan manusia membicarakan undang-undang ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Bagi yang menentang hudud ini mereka akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menentang hukum Allah ini, tetapi mereka beriya-iya untuk menggunakan nama Allah dalam agama mereka.
Jangan kita setakat berperang menggunakan namaNya dan berperang untuk mempertahankan namaNya oleh setengah pihak sahaja. Kita gunakan undang-undangNya sekali. Allah tidak berbohong malahan berbohong itu adalah sifat mustahil bagiNya. Apa jua yang diturunkanNya adalah untuk kebaikan umat sejagat bukan setakat untuk kebaikan rakyat Kelantan sahaja.
Segala-galanya yang datang dari Allah s.w.t. itu ada hikmahnya bukan sahaja kepada yang beragama Islam malahan kepada keseluruhan umat manusia sejagat. Hanya setengah diantara kita tidak sesuai dengan undang-undang itu kerana ia tidak mahu melaluinya dahulu untuk menikmati hikmah dari Tuhan itu.
Hanya yang sangat perlu dilakukan ialah untuk berfikir habis-habisan dalam melaksanakan hukum hudud ini, kerana yang terpenting sekali seperti yang di sebutkan tadi ialah pemahaman yang terperinci wajar difahami sebelum ianya dilaksanakan dan tumpukan kepada kaedah perlaksanaan yang terbaik yang tidak menjejaskan imej agama itu sendiri.
Kita tidak mahu agama itu menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah oleh umat manusia kerana ini adalah satu usaha yang amat drastik bagi negara kita dan juga bagi banyak negara yang lain. Ini merupakan satu usaha dan perubahan yang sangat besar yang mempunyai risiko ketidak tepatan perlaksanaan dengan hukum sebenarnya.
Setakat ini PAS belum lagi melakukan semuanya ini termasuk mengadakan jawatankuasa perlaksanaan yang mungkin memerlukan penglibatan ulamak-ulamak yang muktabar dan sadiqiah Islam dari seluruh dunia untuk mempastikan ia terlaksana dengan betul dan tepat dengan hukum dan semangat undang-undang itu sendiri.