Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Razif ganti Ahmad Said?

$
0
0

Ahmad Razif seorang tokoh sederhana yang boleh diterima oleh kumpulan Ahmad Said dan Idris Jusoh.


Ahmad RazifPETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman  (gambar) dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Ahmad Said

Menurut sumber, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan inovasi; Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air itu adalah calon yang paling layak menggantikan Ahmad yang dikatakan akan diberikan jawatan di peringkat pusat.

Ahmad  yang juga ADUN Kijal dikatakan akan dilantik sebagai senator sebagai ganjaran kepadanya yang sedia berundur memimpin Terengganu.

Kata sumber itu lagi, Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir adalah seorang tokoh sederhana yang boleh diterima oleh kumpulan Ahmad  dan Datuk Seri Idris Jusoh, bekas menteri besar Terengganu sebelum Ahmad.

Ahad lepas, Awang Selamat menulis dalam Mingguan Malaysia, Perdana Menteri dijangka menukar dua orang Menteri Besar. Yang hangat diperkatakan ialah Menteri Besar Terengganu sedangkan seorang lagi Menteri Besar tidak dapat dipastikan.

Hari ini Sinar Harian melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

ADUN Telemong menafikan

Sebaliknya, ADUN Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog, kononnya beliau bakal menggantikan Ahmad menerajui pucuk pimpinan pentadbiran negeri.

Menurutnya, dakwaan itu  sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.

“Saya harap mereka yang menyebarkan cerita-cerita palsu ini supaya berhenti daripada terus berbuat demikian dan tidak sepatutnya berlaku kerana dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sepatutnya kita sebagai umat Islam, jika tidak mampu menjadi garam di lautan, jangan kita jadi langau yang boleh memburukkan keadaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bapa dan Jabatan Angkat Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog, yang mengaitkan sumber yang boleh dipercayai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik sebagai berkata, bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi.

Menurut artikel itu, Ahmad telah dijanjikan dengan satu jawatan baharu yang tidak dipastikan ‘jawatan’nya.

Pertukaran itu dikatakan  berpunca daripada laporan ‘kumpulan Idris’ yang bukan sahaja menyebut Ahmad  membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus di semua peringkat, bahkan beliau juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh Umno Pusat sebelum ini.

Turut baca:
Ahmad Said bakal ditukar?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722