Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Putrajaya swastakan Penang Port senyap-senyap

$
0
0

KEADILAN DAILY

Sim 
KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyelar tindakan Putrajaya yang menswastakan Penang Port secara senyap-senyap tanpa melalui tener terbuka yang melanggar tatakelola dan urus tadbir yang telus.

Sim dalam kenyataannya turut mendedahkan, pemenang bidaan keatas Penang Port adalah kroni BN, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Kenapa tidak mengumumkan berita yang cukup penting ini? Kenapa Penang Port diswastakan secara senyap-senyap?

“Adakah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu? Adakah kerajaan takut rakyat mengetahui satu lagi asset strategic nasional telah diswastakan? soal Sim.

Sim memaklumkan pada 24 Mac 2014 meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang.

Jawapan diterimanya memberitahu Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd berjaya membida cadangan penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn Bhd.

Rundingan terma perjanjian dimuktamadkan dan perjanjian tambahan penswastaan perlabuhan Pulau Pinang ditandatangani pada 23 November 2013 antara kerajaan diwakili Kementerian pengangkutan dan suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan pihak syarikat.

Tambah Sim, sekali lagi penswastaan ini melalui tender terhad (restricted tender) yang dimenangi kroni BN, Syed Mokhtar al-Bukhary.

“Kebelakangan ini, satu demi satu asset strategik nasional dan syarikat strategik satu demi satu telah jatuh ke tangan Tan Sri Syed Mokhtar. Di antaranya adalah Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia, Bernas, Puspakom, Central Sugar Refinery dan banyak lagi.

“Mengapakah kerajaan membenarkan seorang peniaga merangkumi begitu banyak asset strategik dalam tangan seseorang? Adakah ini melanggar kepentingan nasional? soal Sim.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan mengumumkan segala butiran penswastaan ini dengan segera.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722