Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Persempadanan semula bakal imbang jumlah pengundi di kerusi parlimen, kata SPR

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER
 
Abdul Aziz menyeru semua pihak jangan membuat spekulasi mengenai persempadanan semula kerana ia akan diumumkan kepada orang ramai. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013.Abdul Aziz menyeru semua pihak jangan membuat spekulasi mengenai persempadanan semula kerana ia akan diumumkan kepada orang ramai. - Gambar The Malaysian Insider, 





















Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengimbangkan bilangan pengundi di kawasan Parlimen yang jumlah pengundinya melebihi 100,000 orang, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita lakukannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan, kalau satu-satu kawasan Parlimen itu jumlah pengundinya melebihi 100,000 orang, kita kena kaji dan kurangkan,” kata Abdul Aziz.

Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan persempadanan semula setiap lapan tahun.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada tahun 2003.

Proses itu pernah dilakukan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994. Kesemua persempadanan semula dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 dan 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (9 tahun).

Abdul Aziz menjelaskan, asas untuk persempadanan semula mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, yang di antaranya ialah jumlah pengundi di sesuatu kawasan tidak terlalu besar sehingga menyukarkan wakil rakyat.

Katanya, jumlah pengundi di setiap kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti mengambil kira sama ada kawasan itu bandar, separa bandar atau luar bandar.

"Perbandingan bilangan pengundi perlu dibuat mengikut jenis kawasan itu dan perbandingan sama juga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Abdul Aziz berkata SPR akan menerima peruntukan Bajet 2014 dan kini dalam proses melantik pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perangkaan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Katanya, persempadanan semula sepatutnya dilakukan pada tahun 2011, namun SPR tidak berkeupayaan melaksanakannya serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dari segi pentadbiran, kajian persempadanan semula ini telah dilakukan dan kita akan cuba bentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan, kita kena buat secara berhati-hati dan teliti agar tidak dituduh perkara yang bukan-bukan," katanya.

Tambah beliau, keputusan akhir sama ada berlaku atau tidak tambahan kerusi Parlimen dan DUN akan bergantung kepada sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.

SPR, kata Abdul Aziz, hanya melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberi cadangan.

Beliau menyeru semua pihak supaya terburu-buru membuat spekulasi kerana apabila cadangan persempadanan semula dibentangkan di Parlimen, akan ada tempoh sebulan untuk cadangan tersebut dipamerkan kepada umum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722