Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO Islam dakwa Pakiam biadap kerana hina Najib

$
0
0
Oleh Mohd Farhan Darwis




Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyelar Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam kerana melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tidak selari dengan sikap seorang pelajar sekolah Katolik."

Kenyataan Pakiam itu jelas Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) adalah biadap kerana Najib  mempertahankan penggunaan perkataan Allah untuk orang Islam.

“Kenyataan Pakiam biadap dan menghina. Itu satu penghinaan kepada pemimpin Islam.

“Kita faham maksudnya. Dia sebenarnya mahu mengatakan sebagai seorang pelajar yang bersekolah Katolik, Najib sepatutnya menyokong pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah,” kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Pakiam itu jelasnya umpama memandang rendah terhadap Najib sebagai pemimpin Islam dan Melayu yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“Pakiam perlu jelas bahawa sebagai pemimpin, Najib perlu membawa dan menjunjung perjuangan agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

Pakiam sebelum ini secara terbuka menyatakan kekecewaan atas pendirian Najib berhubung perkara itu.

Beliau turut merujuk kepada ucapan Najib ketika sambutan Maal Hijrah lalu yang menegaskan untuk mempertahankan penggunaan perkataan "Allah" untuk orang Melayu sekalipun dunia mentertawakan Malaysia.

"Saya sangat terkejut dan kecewa... Ini bukannya (sikap) orang yang belajar di sekolah Katolik kita.
Najib sebelum ini pernah bersekolah di Sekolah St John, Kuala Lumpur.

"Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722