SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.
"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).
"Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.Hishammuddin berkata beliau telah bercakap dengan ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston bagi menentukan peraturan yang dibuat antara kedua-dua negara dirundingkan dengan rakan-rakan antarabangsa yang terlibat dalam operasi mencari.
"Apajua peraturan dengan Australia, seperti kita lakukan dalam minggu-minggu lepas, kita lakukan tanpa sebarang agenda, tanpa masalah. Ia pendekatan tanpa had.
"Ini, saya percaya adalah testimoni persefahaman kerjasama dengan rakan-rakan kita dalam operasi mencari," jelas beliau.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Berikutuan itu, operasi mencari pesawat berkenaan, Boeing 777-200 di peringkat antarabangsa dilancarkan di selatan Laut Hindi.
Sementara itu, Abdul Aziz, yang mengetuai jawatankuasa teknikal dibentuk kerajaan Malaysia, berkata cadangan mengenai penubuhan pasukan penyiasat bagi MH370 akan dikemukakan kepada Kabinet pada Rabu.
Pasukan itu akan menjalankan siasatan secara telus, bebas dan cekap oleh kerana terdapat penyiasat bebas antarabangsa serta wakil dari negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari MH370.
Pasukan penyiasat yang diketuai kerajaan Malaysia, diumumkan pada 5 April lepas dengan kemasukan tiga kumpulan iaitu kumpulan 'kelayakan terbang', kumpulan operasi, di samping kumpulan perubatan dan faktor manusia, selain tiga jawatankuasa peringkat menteri. - Bernama
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama