Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Video Punca Wanita Melaka (Pembayar & Pengguna Tol PLUS) Marah, Maki Operator PLUS

$
0
0
 


Video Penguna Tol Plus



Bukan senang menjadi “call center” ini. Hati mesti kuat, kesabaran kena tinggi, jiwa kena kental. Segala masalah yang melibatkan syarikat dikalangan kapitalis-kapitalis di Malaysia akan dicampakkan bebanan ke atas bahu kalangan “call center” ini untuk menjawab dan meredakan seketika amarah pengguna dan pelanggan setia mereka.
  • Kena marah? Ya…Puan
  • Kena maki? Maaf tuan
  • Kena herdik? Saya berusaha yang terbaik puan menyelesaikannya
  • Kena caci? Saya faham tuan
Sudah menjadi kebiasaan lebuhraya di ibukota terutamanya akan “dijamu” dan “dihidangkan” dengan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu punca di mana orang ramai berpusu-pusu pulang dan pergi ke tempat kerja.

Yang mana hari ini, salah seorang pengguna setia dan pembayar tegar tol lebuhraya di Malaysia telah meletup ibarat “meletusnya lava di gunung Merapi”. Sangat panas dan mengelegak…

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan video wanita Melaka tidak berpuas hati dan menghantar aduan terus kepada operator PLUS yang bertugas kerana terpaksa berhadapan kesesakan berkilometer jauhnya sehingga menyebabkan terpaksa menghabiskan masa berjam-jam lamanya di atas jalan raya.

Video Wanita Melaka (Pembayar & Pengguna Tol PLUS) Marah, Maki Operator PLUS?

Ya….benar Berita Semasa perhatikan marah benar Puan ini. Tetapi Berita Semasa kadang terfikir :
  • Adakah dia rasa bahagia memaki hamun staf plus itu?
  • Macam mana perasaan staf plus itu?
  • Tunggulkah kakitangan staf plus itu?
  • Adik itu pulak kena tanggung masalah dia?
  • Adakah apabila balik rumah, kakitangan PLUS ini akan lepas geram kepada anak-anak pula? (Contoh sahaja)
  • Dan….pernah terfikir atau tidak kalau yang kerja plus itu anak Puan ini sendiri? Tergamakkah beliau mengeluarkan kata-kata sebegitu?
P/S : Orang Melaka kaya dengan budayanya, tetapi jangan biarkan hati mereka dibiarkan kepanasan. Pannn…tanggg dicabar. Keluarlah bahasa kahaunya (kasaunya)

PP/S : Berita Semasa juga tumpang simpati dengan nasib wanita Melaka ini. Setiap hari sampai pukul 3 pagi? Keluar Subuh balik malam. Hebat….

PPP/S : Kepada menteri bertanggungjawab jenguk-jenguklah masalah rakyat anda, prihatinlah walaupun anda (menteri) kurang benar mengalami masalah kesesakan atas nama beri “laluan khas” kepada kalian (VVIP di Malaysia yang berkuasa) walaupun ketika itu rakyat Malaysia terus berhimpit-himpit di jalanraya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722