Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Benarkah Karpal Singh Yang Halang Hudud?

$
0
0

Oleh :Dr Azman Ibrahim


Saya mungkin antara pemimpin politik yang lewat mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Mendiang KS. Bukannya apa tetapi kerana melihat ucapan yang sewaktu dengannya telah membanjiri alam maya dalam pelbagai nada.

Saya menghormatinya sebagai seorang ahli politik dan pengamal undang-undang yang berprinsip dan teguh mempertahankan apa yang diyakininya sampai akhir hayat. Saya menilai KS banyak bercakap dalam sesuatu isu terutamanya yang berkaitan dengan perundangan berdasarkan apa yang ada dalam perlembagaan negara. Bukannya pandangan peribadi beliau. Dengan istilah lain, beliau seorang ahli parlimen yang teguh mempertahankan peruntukan perlembagaan.

Biografi pemimpin-pemimpin besar dunia adalah antara buku yang akan saya bawa balik setiap kali terpandang di mana sahaja. Sebahagian besar mereka teguh mempertahankan prinsip yang mereka yakini sehingga akhir hayat.

Dalam banyak-banyak nada ucapan yg saya teliti, ramai yang seakan bergembira kerana kononnya telah mati seorang yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia! Seolah-olah bila perginya KS, hudud akan dapat dilaksanakan di Malaysia menjelang esok!

Benarkah KS yang menghalang perlaksanaan hukum Islam ini dan apa kuasa yang dia ada untuk menghalang?

Bukankah yang berkuasa adalah UMNO/BN dan mereka yang mempunyai majoriti dalam Parlimen? Kalau KS sorang atau seluruh MP DAP tak sokong, Rang Undang-Undang hukum hudud masih boleh lulus dengan majoriti 2/3.

Tidak pernah menjadi kudis gatal bagi saya apabila KS tak sokong hudud kerana dia bukan Islam dan dia pula bercakap soal perutukan perlembagaan yang tak mengizinkan hudud dilaksanakan. Umno/BN yang berkuasa, pindalah perlembagaan dan bentangkanlah Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah supaya PAS boleh sokong. Apa yang nak takut sangat dengan KS!

Seburuk-buruk KS, dia tak pernah keluar satu surat yang mengancam akan mengambil tindakan terhadap mana-mana negeri yang melaksanakan hudud, tapi sebaik-baik pemimpin Umno, mereka keluarkan surat hitam putih mengancam akan ambil tindakan terhadap Kelantan yang nak melaksanakan hudud. Tuan punya diri yang sign surat itu pun hidup lagi. Sekadar KS kata, langkah mayat saya dulu kalau nak tubuh negara Islam, apa nak hairan! Bila dah jadi mayat, siapa pun berani langkah. No issue!

Takziah untuk keluarga KS walaupun mereka tak kenal saya, tapi saya kenal nama mereka…

*** Dr Azman Ibrahim adalah Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722