BULETIN ONLINE
SETIU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu menempelek angan-angan Kerajaan BN Terengganu yang kononnya menyasarkan untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 atau kira-kira 6 tahun dari sekarang.
Ketika berucap dalam ceramah Isu Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Dataran PGU Jabi semalam, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga ADUN Paka melontarkan beberapa persoalan kepada hadirin.
“Kalau Terengganu sebagai negeri berbelanja tinggi, memang betul! Semenjak MB Ahmad Said memerintah tahun 2008 sampai bajet yang terakhir baru ni, sebanyak RM13 bilion bajet telah diluluskan. Orang Kampung di Jabi dapat apa dari 13 ribu juta pitih yang diluluskan?
“Dalam masa 6 tahun dari sekarang nak jadi negeri maju berpendapatan tinggi? Sekarang negeri kita nombor 4 paling miskin dalam Malaysia. Apa yang kita boleh capai dalam masa 6 tahun? Mampukah semua masalah kemiskinan ini di selesaikan dalam tempoh sesingkat itu.”ujarnya.
YB Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar, ADUN Ladang yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis ini menegaskan, punca utama kekayaan hasil minyak negeri ini tak dapat dinikmati oleh rakyat adalah kerana masalah kelemahan pengurusan yang menyebabkan pembaziran dan penyelewengan yang berleluasa.
“Beli angsa nak letak dalam Tasik Kenyir pun sampai harga sama dengan sebuah motor Honda EX5. Nak baiki stadium runtuh sampai habis 100 juta. Kos nak baiki stadium boleh buat sebuah stadium baru!” Tegas YB ADUN Ladang yang juga merupakan bekas Pegawai Kewangan Negeri yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Besut suatu ketika dulu.
Beliau juga menegur sikap tidak matang serta kebudak-budakan ADUN Jabi sepanjang persidangan DUN berlangsung.
“Habis semua orang dia ganggu, apa yang dia nak dan apa agenda dia hadir sidang DUN? Tak ada pun isu pembelaan rakyat Jabi yang dibawa ke dewan. Bercakap banyak, tapi isi kosong. Saya rasa dia perlu berubah atau rakyat Jabi kena ubah.”katanya.
Turut menyampaikan ucapan dalam majlis semalam adalah ADUN Manir, YB Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.