Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dari KL ke Beijing berakhir di Lautan Hindi

$
0
0



Oleh SUBKY LATIF


Amat ajaib dan menakjubkan. Penerbangan penumpang MAS, MH 370 yang berangkat lebih sebulan lalu dari Kuala Lumpur menuju Beijing dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.
   
Kapal terbang itu tidak tiba di Beijing. Setelah dua jam di udara ia hilang dari pusat kawalan di Kuala Lumpur, tiada imbasnya dalam radar. Bahkan tiada dalam kesan radar Vietnam dan China.

Ke mana hilangnya?
   
Itulah yang dikatakan sesat. Sesat itu ialah tidak tiba ke distinasinya. Ke mana sesatnya?
  
Setelah berhari-hari dicari antara perjalanannya dari KL ke Beijing itu, di Laut China Selatan, di hutan belantara Vietnam dan daratan China, tidak dapat dikesan. Jika apa-apa berlaku sepatutnya ia ada di sekitar laluan penerbangannya itu.
   
Setelah masuk dua minggu, disepakati oleh semua pakar ia sesat hingga ke selatan Lautan Hindi yang pernah ada dalam jangkaan pesawat kita lalu di situ. Ia dikatakan berakhir di situ.
   
Betulkah ia berakhir di situ? Begitulah sepakat para pakar antarabangsa, ia tiada di tempat lain melainkan di situ saja yang ada isyaratnya.
   
Itulah ajaibnya. Ia padahal hendak ke Beijing. Macam mana boleh melencong ke selatan Lautan Hindi? Apa pun yang berlaku kalau ia hilang, ia sepatutnya sesat di sekitar perjalanannya itu saja. Jika ia hilang arah, ia boleh atah balik ke Kuala Lumpur. Tetapi ia tidak nampak jalan ke depan  dan ketika ia dikatakan berpatah balik ke belakang, ia seperti tidak nampak lagi Kuala Lumpur, ia dikatakan melanggar ruang udara semenanjung dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.
   
Ia macam meraba-raba mencari arah, membiarkan saja ke mana pesawat itu pergi.
  
Ada pakar pengesan barang yang hilang di udara, di darat dan di lautan, melalui ala-alat canggih antara bumi dan langit ada imej objek yang mungkin ia terkesan di selatan  Luatan Hindi yang jadi pusat pencarian sekarang. Semuanya ke situ. Dari jauh ada kesannya di situ. Apabila didekati, ia hilang.
   
Apakah ia memang di situ atau ia disangka ada di situ? Macam kisah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS yang ditinggalkan baginda di Mekah yang  tidak berorang dengan puteranya Ismail. Siti Hajar mencari air antara Bukit Safa dan Marwah. Ia nampak macam kilauan air di arah Marwah. Ia berburu ke situ. Tiba di situ kilauan itu hilang. Nampak pula kilauan itu arah bukit Safar. Ke situ pula. Tiba di situ, ia hilang pula.
  
Akhirnya ia jumpa sumber air zamzam di tempat yang tiada kilauan air.
  
Pesawat itu bemula berada di langit. Ia hilang di langit. Lepas itu ia dikatakan berada dalam air di Lautan Hindi. Berkerumun semua kapal dan kapalterbang, imej itu hilang. Barang dalam air diintai dari  udara  dan permukaan laut. Tidak nampak imbas yang se dalam empat kilometer di dasar laut.
   
Dua kapal selam yang dibeli dari Perancis tidak digunakan untuk melihat apa yang ada dalam air yang dalam.
  
Kita menunggu hingga jumpa walaupun hingga bila-bila. Keluarga saya menunggu dua datuk saudara adik-beradik yang hilang selepas perang Jepun selesai dulu. Seorang daripadanya abang ipar Tun Abdullah Ayub.
    
Kami tidak mahu kata sesuatu yang buruk berlaka ke atas mereka selain dari hilang. Bukan sekadar empat tahun kami menunggu. Sudah masuk 70 tahun sekarang, ayah, emak dan isteri masing-masing semuanya sudah meninggal. Kami masih menunggu khabar mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722