Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MB Selangor: ‘Ambil alih air pun dah teruk…’

$
0
0



SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan proses pengambilalihan konsesi lebuh raya lebih sukar berbanding konsesi air.

Menurutnya, perkara itu ekoran harga kontrak membina jalan yang tidak tetap.

Beliau sempat berseloroh bahawa proses pengambilalihan industri air sahaja sukar untuk direalisasikan, apatah lagi mahu mengambilalih konsesi lebuh raya.

“Oleh kerana ini pagi Jumaat, saya nak berseloroh sedikit Puan Speaker. Air saja kita dah teruk (prosesnya), nak ambil alih lebuh raya lagilah… lagi besar masalahnya.

“Pengambilalihan lebuh raya lebih sukar daripada pengambilalihan air pada pandangan saya kerana harga kontrak membuat jalan itu tidak tetap dan teratur,” katanya ketika menjawab soalan dari Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan pada sidang Dun Selangor, hari ini.


Namun, beliau berkata, PR memang berhasrat untuk menyusun semula Lebuhraya Skim Penguraian Trafik Kl Barat (Sprint) dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas) bagi memastikan konsesi-konsesi tidak mendapat keuntungan melampau.

“Jika perlu, andai mereka sudah dapat keuntungan yang mampu membayar balik modal-modal yang dilaburkan dan diterima…walau perjanjian 60 tahun, tapi jika hasil itu boleh diselesaikan dalam tempoh 20 tahun, makanya tahun ke-20 itu, konsesi mestilah memulangkan balik kepada kerajaan supaya tempat dan perjalanan itu tidak dikenakan tol lagi,” jelasnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722