Ramai daripada kita mahu mencipta kejayaan dalam hidup. Tetapi tidak ramai daripada kita yang bersedia untuk mengangkat telefon dan membalas mesej sms, apatah lagi dari nombor yang tidak dikenali.
Inilah yang saya tidak faham. Saya mempunyai kenalan dan anak murid yang susah untuk mengangkat telefon dan membalas mesej. Tetapi mereka semua mengimpikan kejayaan besar dalam hidup.
Saya tidak begitu. Baik itu dari kawan yang dikenali nombornya atau sebaliknya, atau dari sesiapa sahaja, saya akan mengangkatnya dan jika tidak sempat berbuat demikian, saya akan membalasnya kemudian.
Cumanya apabila dipanggil dari nombor pejabat, sukar untuk saya bercakap dengan orang yang menelefon kerana operator tidak tahu siapa yang membuat panggilan tadi.
Saya tidak faham mengapa sukarnya kita mengangkat telefon? Apakah itu kerana sibuk atau kerana ego atau kerana cuba lari dari sesuatu? Yang saya hairannya ialah apabila mesej pun tidak dibalas.
Pada saya, orang sebegini, baik apa pangkatnya ialah orang yang tidak mencipta jalan ke depan.
Berattttttttt.