Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rakyat sedar perlunya reformasi sistem kehakiman – Izzah

$
0
0
Oleh: Lyn Nasir


PAROI : Sambutan terhadap Jelajah Himpunan Reformasi 2.0 menunjukkan rakyat tahu ketidakadilan yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

IMG_6495
Katanya, rakyat kini memiliki  kesedaran tinggi akan perlunya reformasi kehakiman, ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.

“Pada saya rakyat bukan sahaja dahagakan maklumat, tapi dapat merasakan ketidakadilan penghakiman yang dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,”

“Saya dapat lihat kesedaran rakyat yang amat tinggi, kewajipan dalam melaksanakan reformasi (kehakiman) itu harus dipegang.

“Jadi harapan saya bukan sahaja meraih simpati dan berdoa, tetapi melakukan sedaya mungkin untuk merealisasikan institusi kehakiman yang adil dan pentadbiran yang lebih telus,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Jelajah Reformasi 2.0 di Paroi, Negeri Sembilan, malam tadi.

Izzah yang menerima jolokan ‘Primadona Reformasi’ dalam program berkenaan turut berkata pendedahan yang dibuat disertakan fakta dan bukti, dan bukan hanya propaganda semata-mata.

Katanya, selain kes membabitkan Anwar, siri jelajah berkenaan juga menyentuh mengenai kelemahan kerajaan khususnya dalam menangani masalah ekonomi yang berlaku hari ini.

Tambahnya lagi, sambutan rakyat bukan hanya diperlihatkan semasa pilihan raya, bahkan selepas pilihan raya dan ini dapat disaksikan dengan kehadiran ribuan rakyat di Negeri Sembilan.

“Rakyat sekarang ini dahagakan perubahan pimpinan, dan diharapkan bukan sahaja terhenti hari ini.

Pimpinan Pakatan Rakyat akan melakukan sebaik mungkin untuk merancakkan lagi gerakan kita.
Negeri Sembilan adalah kerusi terpenting untuk kita (pada pilihan raya umum akan datang),” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722