Anthony LokeAnthony Loke


KUALA LUMPUR - DAP hari ini menganggap pembatalan taklimat mengenai kehilangan  MH370 kepada PR yang sepatutnya diadakan semalam sebagai memberi imej salah kepada dunia.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, hal ini memperlihatkan seolah-olah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cuba mengelak untuk 'bersua muka' dengan ahli Parlimen PR, sekaligus memberi gambaran bahawa kerajaan cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

"Taklimat MH370 yang dijanjikan (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) dua  minggu lepas, masih juga tidak menjadi kenyataan.

"Pada mingggu lalu, kita tidak hantar notis. Selepas beliau berkata begitu, PR telah menghantar nota rasmi dan sepatutnya semalam taklimat sudah diadakan tetapi Shahidan tidak dapat tepati janji lagi.

"Amat dukacita, terkilan dengan sahidan berjanji dalam dewan rakyat,tetapi tidak dapat laksanakan. Ini sekaligus memperlihatkan Hishammuddin cuba mengelak untuk memberi taklimat kepada PR," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Isnini lalu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihak kerajaan hanya akan mengadakan taklimat tersebut selepas semua jawatankuasa berkaitan menjalankan siasatan dan terdapat maklumat baru untuk disampaikan.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, ahli ParlimenPR mempunyai banyak persoalan untuk ditanya dan ingin mendapat jawapan yang sewajarnya.

"Harap ada perjumpaan, ada dialog untuk  kemukakan soalan terus kepada Hishammudin.

"Kerana pembatalan tersebut telah memberi mesej salah kepada dunia luar, seolah-olah kerajaan menyembunyikan sesuatu," katanya lagi.