Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

DBKL masih catat defisit walau cukai taksiran naik

$
0
0
 

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjangkakan akan merekod defisit untuk tahun ketiga berturut-turut tahun depan, berjumlah RM292.7 juta, walau dengan peningkatan kadar cukai taksiran sebanyak 28 peratus bagi 2014.

Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib berkata berkata lebih banyak peruntukan disediakan bagi projek jalan dan jambatan – yang menyebabkan belanjawan pembangunan meningkat hampir 60 peratus kepada RM1.29 bilion.

Secara keseluruhannnya, DBKL akan membelanjakan sebanyak RM2.79 billion pada 2014, melibatkan peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding 2013.

DBKL mensasarkan untuk mengutip hasil tambahan sebanyak 36 peratus, untuk memberi jumlah kutipan RM1.2 bilion dengan peningkatan kadar cukai taksiran.

Menteri wilayah persekutuan pada minggu lalu bagaimanapun mengumumkan bahawa kadar tersebut dikurangkan antara 1 hingga 4 peratus. Ia memberikan anggaran penambahan kutipan sebanyak 28 peratus atau RM200 juta sahaja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722