Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Krisis pembantu rumah berterusan: Malaysia tolak MoU Kemboja lindung hak asasi pekerja

$
0
0
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Seorang pembantu rumah melakukan kerja harian di rumah majikannya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Disember, 2013.Seorang pembantu rumah melakukan kerja harian di rumah majikannya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.





















Malaysia sekali lagi gagal mendapatkan tenaga kerja domestik apabila pemerintah Kemboja akan menamatkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas Putrajaya menolak garis panduan untuk melindungi hak pekerja mereka.

The Cambodia Daily melaporkan Putrajaya menghantar kembali Memorandum Persefahaman (MoU) yang disediakan kerajaan Kemboja dengan sebaris ayat "majikan perlu menghormati hak asasi manusia DW (pekerja domestik)”.

Kemboja menuntut untuk membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport mereka, melihat dan menandatangani kontrak perjanjian sebelum meninggalkan Kemboja, tiga sajian sehari dan cuti tahunan yang semuanya ditolak kerajaan Malaysia.

"Malaysia menolak 90% perjanjian yang dimasukkan," kata Jenna Holiday, pakar komunikasi wanita di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Ada pindaan yang dilakukan Malaysia tidak boleh diterima," katanya dipetik akhbar berkenaan.
"Ia membangkitkan persoalan, bagaimana majikan Malaysia melihat pekerja Kemboja,” katanya.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menggantung penghantaran pekerja pembantu rumah ke Malaysia pada 2011 ekoran laporan pekerja domestik di Malaysia didera daripada segi seksual oleh majikan Malaysia dan agensi pekerjaan Kemboja.

Pada Oktober tahun ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Malaysia sedang menimbang untuk menyambung kembali kemasukan 1,000 pembantu rumah Kemboja sebulan ke Malaysia untuk memenuhi keperluan tempatan berikutan masalah yang dihadapi dengan agensi pembantu rumah Indonesia.

Ahmad Zahid berkata, terdapat sekitar 30,000 pembantu rumah Kemboja di Malaysia setakat ini.

Kerajaan Kemboja bersetuju untuk menubuhkan pusat latihan bagi mengajar pembantu rumah daripada aspek bahasa, budaya dan etika kerja sebelum menghantar mereka ke Malaysia.

Sebagai balasan, Malaysia berjanji untuk menambah baik pengurusan imigresen Kemboja dan sistem pengeluaran pasport.

Khamis lalu, Malaysia dan Indonesia bersetuju selepas hampir tiga tahun rundingan berkenaan agensi latihan warga asing dengan kerjasama bersama menghantar pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.

Persetujuan dicapai antara Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ketika pertemuan mereka.

Dianggarkan terdapat 127,000 pembantu rumah Indonesia berdaftar di Malaysia.

Setiausaha Negara Kemboja di Kementerian Buruh, Othman Hassan berkeras untuk menamatkan moratorium berkenaan.

"Lebih banyak kami hantar, lebih banyak duit yang boleh dijana ke Kemboja," katanya.

Othman dilaporkan berkata, beliau mahu mencapai kutipan tahunan berjumlah RM1.23 juta bagi 300,000 pembantu rumah ke Malaysia dan akan mempertahankan pekerja asing daripada eksploitasi.
"Ini adalah masa depan Kemboja - kami perlu menghantar pekerja kami kepada permintaan pasaran dunia," katanya.

Kekecewaan disuarakan kumpulan pekerja asing Kemboja sebagai wakil kedua-dua kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Organisasi Buruh Antarabangsa dan NGO yang dijadualkan bertemu penghujung Januari untuk sesi perbincangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722