Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

$
0
0
Oleh: LIZAWATI MADFA


PETALING JAYA: Rakyat Selangor diseru melaksanakan penjimatan air bagi menjamin bekalan air berpanjangan di empangan, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Exco Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata penjimatan juga perlu dilakukan bagi menghadapi musim kering yang dijangka berlaku sekali lagi, pada September ini.

Katanya, pengguna masih lagi tidak mencapai tahap penjimatan yang diinginkan walaupun langkah catuan dilaksanakan.

IMG_4915“Seperti dilaporkan sebuah akhbar, sejak program catuan, hanya tujuh peratus sahaja penjimatan pengguna sedangkan kita jangkakan 25 peratus.

“Harap setiap pengguna dapat optimakan penggunaan air kepada perkara asas seperti mandi, memasak dan minum bukan perkara lain seperti siram pokok dan basuh kereta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2014 peringkat Selangor di Pusat Membeli Belah One Utama (OU), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Roslan Sakiman; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat dan Pengarah OU, Datuk Ir Teo Chiang Kok.

Bermula awal bulan ini, Kerajaan Negeri melancarkan program catuan peringkat keempat membabitkan kawasan lebih besar berbanding sebelum ini.

IMG_4841Yunus berkata, program catuan tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Negeri tetapi demi kepentingan bersama.

“Kita perlukan lakukan catuan ini kerana khuatir hujan tidak berterusan dan paras empangan tidak mencapai peratus selamat.
Catuan yang kita laksanakan juga bukan ikut kumpulan penduduk sama ada sederhana, rendah atau golongan elit,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan akan dihentikan jika paras air di empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55 peratus.-NFN-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722