Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bil elektrik Najib RM2.2 juta setahun

$
0
0
DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Sikap para pemimpin Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tetap tidak berubah, malah terus kekal bor
os sehingga bil elektrik di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana sepanjang tahun 2013 lalu masih kekal tinggi sehingga berjumlah RM2.2 juta, manakala air RM221,000.

Kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 untuk bil elek terik dan RM112,000 untuk bil air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara itu sememangnya dijelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut beliau, apabila menyebut tentang bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sememangnya akan dikejutkan dengan jumlahnya yang teramat tinggi setiap tahun, sehingga tidak masuk akal.

“Sebelum ini, ketika menjawab soalan lisan daripada saya pada persidangan Dewan Rakyat mengenai perkara yang sama bagi tahun 2012 yang kemudian dijawab secara bertulis oleh pihak kerajaan pada tahun 2013, bil elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri sebanyak RM5,000 sehari, manakala air RM1,172 sehari.

“Sewa rumah kediaman rasmi Najib yang dibayar kepada Perbadanan Putrajaya sebanyak RM18,000 sehari. Ini bermakna RM7 juta setahun. Manakala bayaran sewa bagi Kemente r i a n Wanita sebanyak RM4 juta sebulan,” katanya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722