Menteri besar Selangor itu berkata, langkah konservatif terpaksa diambil bagi memastikan bekalan air mencukupi.
"Walaupun saya tahu ada hujan tapi saya nak tengok air betul-betul ada di empangan.
"Sekarang masih ada lagi empangan yang bawah paras 40%.
"Kalau dah melebihi 55%, baru catuan air ditamatkan," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Ditanya sama ada catuan air akan dilanjutkan selepas April, Khalid menyifatkannya sebagai "kemungkinan besar tidak akan berlaku".