Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pakatan kena beri notis untuk adakan taklimat MH370, kata Shahidan

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beri persetujuan untuk mengadakan taklimat MH370 untuk Pakatan Rakyat minggu depan. Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beri persetujuan untuk mengadakan taklimat MH370 untuk Pakatan Rakyat minggu depan. Gambar fail.































Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Rakyat (PR) perlu menyerahkan notis secara rasmi terlebih dahulu bagi membolehkan taklimat khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 diadakan.

Shahidan menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai persetujuannya untuk mengadakan semula taklimat khas MH370 pada Selasa depan dengan dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Masalahnya mereka tidak memberi saya surat, saya sudah memberitahu malah kepada ahli Parlimen Gelang Patah (Lim) sendiri tadi beliau perlu menyerahkan notis.

"Saya tidak menyatakan persetujuan lagi, jika ada surat baru kita akan rancang semula," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai kritikan pembangkang mengenai taklimat yang sepatutnya dirancang pada Khamis lalu tidak dapat dilaksanakan.

"Permintaan mereka ini bersyarat iaitu ingin ia dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin dan ketika itu saya tidak sempat merujuk kepada jadual menteri," katanya.

Shahidan berkata, beliau tidak tahu bila pemangku menteri pengangkutan itu akan pulang ke Malaysia.

"Saya tidak tahu bila beliau akan pulang namun ada atau tidak ada itu nombor dua, yang penting hantar notis dulu.

"Saya ini sebagai pemudahcara dan sebagai menteri bertanggungjawab dalam Parlimen," katanya.
Terdahulu, Lim pada sidang medianya berkata, taklimat bersama ahli Parlimen PR akan diadakan semula pada Selasa depan seperti dimaklumkan Shahidan kepadanya.

Lim berkata, tindakan menyerah notis untuk taklimat sepatutnya diadakan Khamis lalu merupakan perbuatan sia-sia.

"Bagaimana kita hendak hantar notis kerana kita tahu Hishammuddin tidak akan berada di taklimat tersebut kerana sudah bertolak ke Hawaii dalam lawatan kerjanya, jadi apa guna notis itu.

"Bagaimanapun Shahidan bersetuju minggu depan Hishammuddin akan menghadiri taklimat seperti yang kita tuntut," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722