THE MALAYSIAN INSIDER
Ahli Parlimen DAP mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membatalkan penubuhan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (CIRC) bagi memantau aktiviti atas talian pengguna media sosial sedangkan pihak berkuasa berkenaan seharusnya menjadikan aktiviti mencegah jenayah sebagai fokus utama memandangkan ia masih menjadi isu nasional di negara ini.
Dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, mereka berkata tidak ada keperluan bagi PDRM menubuhkan CIRC pada masa ini terutama apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai unit yang berfungsi menyiasat jenayah siber.
"Kami merujuk melalui laporan Utusan Malaysia bertarikh 21 Mac 2014, di mana PDRM akan menubuhkan satu unit khas bagi memantau aktiviti atas talian kepada pengguna media sosial," kedua ahli Parlimen itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
"Mengapakah PDRM menumpukan perhatian terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter sedangkan masalah jenayah masih berleluasa?"
Ahli Parlimen pembangkang itu juga mempersoalkan sama ada penubuhan CIRC oleh kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Berdasarkan keputusan PRU13 yang lalu, Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk di kalangan segmen masyarakat yang mempunyai capaian media sosial yang baik, seperti di kawasan bandar dan orang muda.
"Media sosial di Malaysia menjadi alat yang memudahcarakan penyampaian maklumat tanpa penapisan dan kawalan oleh kerajaan, tidak seperti media arus perdana yang berfungsi sebagai lidah propaganda BN semata-mata.
"Maka, adakah tindakan memantau media sosial ini bertujuan untuk menakut-nakutkan penyokong Pakatan Rakyat serta memperluaskan kawalan kerajaan terhadap penyebaran maklumat?" soal kedua ahli Parlimen tersebut.
Menurut Zairil dan Sim, selain isu jenayah, penubuhan unit CIRC juga dilihat menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
"Kita tahu bahawa kerajaan sudah memegang semua media arus perdana di negara ini dan mengikut Indeks Kebebasan Media oleh Wartawan Tanpa Sempadan, ranking Malaysia jatuh kepada kedudukan 145 dunia di belakang Bangladesh (144) dan Cambodia (143)."
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan akan menyekat Internet sekiranya masih menjadi pemimpin utama negara ini.
Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis Internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.
"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis Internet."
Kenyataan Dr Mahathir dipercayai berkemungkinan susulan tekanan dihadapi BN beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di Internet.