Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Keluarga penumpang MH370 bantah ‘kerajaan Malaysia pembunuh’ di Beijing

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

 
Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters.Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters. 


























Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang marah berarak ke Kedutaan Malaysia di Bejing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.

Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia pembunuh" dan "Kami mahu keluarga kami semula."

Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.

Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.
Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722