Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Undi popular PKR meningkat, anak muda beri sokongan penuh di Kajang, kata Khalid Ibrahim

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pengundi menunggu dalam barisan untuk mengundi di luar stesen di Kajang semalam. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memenangi kerusi berkenaan turut menyaksikan undi popular parti itu meningkat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.
Pengundi menunggu dalam barisan untuk mengundi di luar stesen di Kajang semalam. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memenangi kerusi berkenaan turut menyaksikan undi popular parti itu meningkat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,




Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memenangi kerusi berkenaan turut menyaksikan undi popular parti itu meningkat, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PRK semalam menyaksikan PKR memenangi sebanyak 60% undi popular, berbanding 58% pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

"Kemenangan ini lebih manis apabila Pakatan Rakyat (PR) menerusi PKR berjaya meningkatkan sokongan di kalangan pengundi Melayu dengan bukan sahaja mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi yang majoriti pengundinya Melayu, malah berjaya menawan dua kubu kuat Umno iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima," kata Khalid dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

"Lebih bermakna lagi apabila tinjauan awal mendapati saluran mengundi anak muda hampir disapu bersih oleh PR pada PRK ini," katanya.

Kemenangan itu kata Khalid adalah bukti rakyat menolak kempen agresif dan provokatif yang penuh dengan unsur keganasan dan bibit-bibit perpecahan.

"Penurunan peratus keluar mengundi kepada 72.1% daripada 88.4% pada PRU13 adalah perkara biasa dalam sebarang pilihanraya kecil yang secara tidak langsung mengakibatkan penurunan majoriti.

"Namun, ini tidak bermakna kemenangan ini tiada impak signifikan kepada rakyat dan negeri Selangor," kata Khalid dalam kenyataan itu.

Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya berjaya mendapat 11,362 undi.

Kemenangan yang sudah dijangka itu melihatkan PKR meneruskan penguasaan mereka di kerusi campuran, apabila kerusi berkenaan sebelum ini merupakan kerusi mereka yang dimenangi oleh Lee Chin Cheh.

Lee memperolehi 6,824 undi majoriti pada PRU13 sekaligus menewaskan lima lagi calon lain.

Dr Wan Azizah bagaimanapun hanya memperolehi 5,397 majoriti, kurang sekitar 1,000 undi apabila hanya  72%, atau 28,314 pengundi yang keluar mengundi berbanding 88.40% pada PRU13.

Kerusi DUN Kajang meliputi sejumlah 39,278 pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRK kali ini.

Khalid berkata, dengan kemenangan Dr Wan Azizah, ia pasti membangkitkan usaha PR untuk mentadbir dengan lebih baik meskipun kemenangan kepada isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mengubah struktur pentadbiran kerajaan di Selangor.

"Meskipun keputusan Kajang tidak mengubah struktur dan mekanisme pentadbiran, mandat yang diberikan rakyat Kajang nescaya akan menjadi pemangkin kepada PR untuk terus bekerja dengan lebih gigih tanpa mengenal penat lelah dan jemu demi kebajikan rakyat.

"Justeru, kemenangan ini seolah-olah memberi restu kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran serta segala aspek sosio-ekonomi dan politik yang didokong oleh PR," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722