Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tiada pemecatan kakitangan MAS, kata Menteri Kewangan II

OLEH DIYANA IBRAHIM

Image may be NSFW.
Clik here to view.



























Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) hari ini menafikan wujudnya cadangan pemecatan terhadap kakitangan syarikat Malaysia Airlines (MAS) ekoran kerugian yang dialami sebanyak RM 1.174 bilion pada Februari lalu.

Beliau berkata pemecatan kakitangan MAS langsung tidak tersenarai dalam agenda perbincangan diadakan bagi menangani kerugian yang dialami syarikat.

"Kita tidak bercadang untuk mengurangkan sumber tenaga syarikat sebagai langkah penjimatan, tidak ada dalam agenda kita langsung," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani Abdul Hamid ‎yang mempersoalkan beban kerugian yang ditanggung oleh pekerja MAS dan bukannya pihak pengurusan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722