Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Menjelang PRK Balingian, Sarawak tambah bilangan orang tidak dikehendaki ke negeri itu

$
0
0

THE MALAYSIAN INSIDER


Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Balingian, kerajaan negeri Sarawak akan menambahkan senarai mereka yang tidak dibenarkan masuk ke negeri itu dari Semenanjung dengan alasan untuk menghalang ekstremis kaum dan agama serta lain-lain pembuat kacau daripada memasuki Sarawak.

Bernama melapor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (gambar) hari ini menegaskan beliau bukan berlagak angkuh apabila menyatakan demikian.

"Saya bukan angkuh tetapi sebagai Ketua Menteri tanggungjawab utama saya ialah melindungi keamanan dan keharmonian di negeri ini," katanya dalam seminar kepimpinan untuk sekumpulan 222 pemimpin komuniti dari Bahagian Mukah di sini.

Katanya, beliau mempunyai senarai individu terbabit.

"Saya berhasrat menambah nama pada senarai itu bagi menghalang lebih ramai pembuat kacau," katanya.

Baru-baru ini Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ditahan di Lapangan Terbang Sibu dari memasuki negeri itu.

Mazlan diarahkan pulang ke Semenanjung sebaik sahaja memasuki bahagian imigresen di lapangan terbang itu.
  
Mazlan dalam perjanalan ke negeri itu untuk menyertai seminar tanah yang dianjurkan oleh PAS.
Pada 12 Mac 2013, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa juga dihalang memasuki negeri itu apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing.

Mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Adenan berkata rakyat tidak sepatutnya berasa selesa hanya kerana mereka yakin calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo tidak akan menghadapi masalah mengatasi calon PKR Abdul Jalil Bujang.

"Jangan ambil mudah. Kita mesti keluar mengundi beramai-ramai. Ingat kembali ketika pilihan raya negeri pada 1996 apabila calon BN Tan Sri Dr Wong Soon Kai kalah kepada calon DAP, Wong Ho Leng untuk kerusi Bukit Asek.

"Majoriti pengundi Cina berasa selesa dan tidak keluar mengundi sebab yakin Soon Kai akan sekali lagi mempertahankan kerusi itu dengan mudah. Akhirnya beliau kalah dengan hanya 226 undi," kata Adenan, lapor Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722