Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ping semakin pudar ketika pencarian MH370 masuk hari ke-15

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

Operasi mencari MH370 akan menjadi lebih sukar apabila bateri kotak hitam habis. Gambar fail.Operasi mencari MH370 akan menjadi lebih sukar apabila bateri kotak hitam habis. Gambar fail.



























Dengan masih tiada petunjuk daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang di sebalik pencarian besar-besaran oleh lebih 25 negara, harapan kini terletak kepada menjejaki ping daripada isyarat pengesan kedudukan pesawat sebelum ia kehabisan bateri.

Jangka hayat bateri itu kini masih berbaki setengah dan apabila bateri yang dipasang kepada silinder aluminium kecil itu mati, dijangka sekitar 6 April, kerja mengesan data penerbangan dan rakaman suara kokpit akan jadi lebih sukar, lapor CNN.

Ping itu sendiri bukan luar biasa, lapor Anish Patel, presiden pembuat isyarat Dukane Seacom Inc, seperti dikatakan. Hakikatnya, ia tidak boleh didengar oleh telinga manusia.

Setiap pesawat komersial perlu mempunyai pinger, atau dikenali sebagai isyarat pengesan di bawah permukaan air, untuk membantu mengesan pesawat hilang itu. Satu dipasang kepada perakam data pesawat dan satu lagi kepada perakam suara kokpit.

Pinger itu akan diaktifkan apabila dibenam dalam air atau air masin, dan mengeluarkan isyarat pada 37.5 kilohertz.

Untuk mengesan isyarat, pencari mengheret hidrofon di belakang bot, menjatuhkan ia daripada kapal atau kapal terbang, atau menggunakan kapal selam yang dilengkapi dengan peralatan khas, lapor CNN.

Di bawah keadaan laut yang baik, pinger boleh didengar pada jarak 2 batu nautika. Tetapi, ombak tinggi, latar belakang bising, bangkai atau kelodak boleh menyebabkan semakin sukar pinger untuk mengesan pesawat itu.

Mendapatkan perakam data pesawat adalah perkara asas untuk penyiasat berharap menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Patel berkata, selepas 30 hari, bateri perakam data pesawat akan terus memberikan kuasa dan isyarat itu akan menghantar ping, tetapi outputnya akan jatuh dengan cepat.

“Ketika bateri semakin lemah, output pinger akan menurun sehingga bateri itu tiba di titik tiada lagi ping dihantar,” tulis Patel menerusi email kepada CNN.

“Ping semakin rendah dan rendah dalam ‘volume’ ketika bateri semakin lemah.

“Model ramalan kami dan ujian makmal menunjukkan output untuk 33 hingga 35 hari sebelum ia jatuh kepada nilai minima,” katanya dalam emailnya kepada rangkaian berita global itu.

“Bergantung kepada usia bateri, ia boleh terus menghantar ping untuk beberapa hari lagi dengan paras output lebih rendah, sehingga unit itu tertutup terus,” katanya.

Sejak pesawat Air France 447 terhempas pada 2009, usaha dibuat untuk meningkatkan jangka hayat bateri isyarat permukaan bawah air, lapor CNN.

Dalam kes Air France, bateri mati sebelum pencari dapat mengesan bangkai. Tempoh dua tahun diambil sebelum perakam itu berjaya ditemui.

Sejak itu, pembuat peraturan dan industri penerbangan berusaha untuk meningkatkan usia bateri isyarat daripada 30 hingga 90 hari.

CNN melaporkan usaha mendapatkan pinger yang dipasang ke rangka pesawat turut dilakukan, memudahkan kerja mengesan bangkai.

Patel berkata, pinger generasi akan datang mengeluarkan ping yang boleh didengar pada jarak 10 hingga 16 kilometer.

Bagaimanapun, NCC berkata, jangka hayat bateri yang semakin pendek, bukan satu-satunya kebimbangan penyiasat kehilangan pesawat MH370.

Antara lain yang dibimbangkan ialah perakam data pesawat mempunyai hanya dua jam kapasiti merakam – dan ini mungkin menimbulkan masalah kerana penyiasat percaya pesawat itu terbang untuk hampir tujuh jam sebelum kedudukan terakhirnya yang hingga kini belum diketahui.

Selain itu, ada juga kemungkinan rakaman penting kokpit mungkin dipadamkan.

Di sudut positif, bagaimanapun, bateri yang berkurangan tidak akan memadam data. Data diketahui mampu bertahan dalam keadaan air laut bergelora bagi perakam moden, kata CNN.

Perakam suara kokpit atau kotak hitam, memegang kunci untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu kerana ia bukan sahaja merakamkan kata-kata juruterbang tetapi juga apa yang berlaku dalam kokpit – bunyi yang mendedahkan tindakan diambil oleh sesiapa di dalam kokpit.

Perakam data pesawat merakamkan pelbagai data, termasuk altitud, kelajuan udara, tujuan, suhu enjin serta kedudukan sayap dan kemudi.

Mereka perlu merekodkan operasi 36 jam terdahulu dan dengan memasukkan data ke dalam simulator penerbangan, penyiasat boleh mencipta semula saat-saat terakhir pesawat itu.

Perakam data dibina dengan kukuh. Mereka boleh bertahan dalam kebakaran yang sekejap, atau lebih lama tetapi udara lebih sejuk seperti kebakaran hutan, jika pesawat terhempas dalam hutan.

Mereka juga diwajibkan bertahan untuk kesan kejutan kuasa 3,400 G dan mempunyai standard kehancuran static dan kemasukan cecair.

Ia juga perlu mampu menahan tekanan hidrostatik yang ditemui pada kedalaman 6,000 meter. Kawasan di mana pencari sedang mengesan pesawat MH370 kini mempunyai kedalaman hampir 4,000 meter.

Sementara itu, Patel percaya syarikatnya mengeluarkan pinger untuk MH370.

“Kita yakin ia mungkin milik kami,” katanya kepada CNN. Malaysia Airlines ialah pelanggan Dukane Seacom, dan pinger syarikat itu dipasang pada Boeing 777.

“Kami bersedia menjawab soalan jika ia milik kami,” katanya.

Pencarian pesawat Malaysia itu adalah paling lama dalam sejarah penerbangan pesawat moden. Rekod terdahulu ialah pencarian 10 hari untuk Boeing 737-400 yang dikendalikan Indonesia, Syarikat Penerbangan PT Adam Skyconnetion, yang hilang di pantai pulau Sulawesi pada 1 Januari, 2007.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722