Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kehilangan MH370 dedah kelemahan radar dunia

$
0
0

 


Sebuah pesawat yang besar ghaib begitu sahaja selepas lenyap dari radar Malaysia menggambarkan satu paradok yang tidak selesa tentang penerbangan moden - kapal terbang canggih bergantung kepada infrastruktur lama untuk memberitahu mereka ke mana hendak pergi.

Ketika satelit membentuk hampir setiap aspek kehidupan moden, penggunaan radar dan radio dalam kokpit telah, bagi ramai juruterbang, berubah sedikit saja sejak sebelum enjin jet itu pertama kali diterbangkan.

Walaupun Malaysia mengesyaki seseorang mungkin telah menyembunyikan jejaknya, tetapi ketidakupayaan 26 negara untuk mencari Boeing 777 seberat 250 tan itu telah mengejutkan dunia dan mendedahkan kelemahan dalam penggunaan radar, yang lemah liputannya di atas lautan dan padang pasir.

Kata Don Thoma, presiden Aireon, sebuah usahaama yang dilancarkan oleh syarikat komunikasi satelit mudah alih Iridium yang berpangkalan di Amerika dan Lembaga kawalan trafik udara Kanada pada tahun 2012 untuk menawarkan pengesanan kapal terbang di ruang udara.

"Kita mengesan kereta kita, kami menjejaki telefon bimbit anak-anak kita, tetapi kita tidak dapat mengesan kapal terbang apabila ia berada di atas lautan atau kawasan pedalaman yang lain," kata Don Thoma, presiden Aireon kepada Reuters.

Aireon ada sebuah usahaama yang dilancarkan oleh syarikat komunikasi satelit mudah alih Iridium yang berpangkalan di Amerika dan Lembaga kawalan trafik udara Kanada pada tahun 2012 untuk menawarkan pengesanan kapal terbang di ruang udara.

Satelit menyediakan jawapan yang jelas, kata pakar-pakar.

"Cara ke hadapan ialah komunikasi dan navigasi berasaskan satelit. Dalam navigasi, kita perlu lari dari radar di daratan dan dalam komunikasi kita perlu lari dari radio," kata pakar radar dan perunding penerbangan, Hans Weber.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722