Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dakwa Fitnah II tiada kaitan dengan BN cerita dongeng TPM

$
0
0

Oleh Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kaitan dengan Barisan Nasional (BN) hanyalah dongeng Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata.

Copy of dr-wan-azizah“Macam mana tak kaitkan BN dengan kes Fitnah II Anwar kalau sistem kehakiman negara diperalatkan? Sepatutnya (pendengaran rayuan) bulan April, tetapi dipercepatkan kerana BN takut Anwar bertanding di Kajang.

“Ini adalah dongeng kosong, siapa yang tidak prihatin dengan persoalan ummah (rakyat), maka dia bukan pengikut Rasulullah, ini ialah hadis sahih, bermakna Muhyiddin tak faham hadis Rasulullah,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty kepada Keadilan Daily.

Beliau turut mengulas kempen Muhyiddin di Kajang apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak terpedaya dengan billboard yang memaparkan gambar calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Dr Muhammad Nur turut membidas dakwaan Muhyiddin menyatakan foto Wan Azizah itu bagi meraih simpati masyarakat berikutan keputusan mahkamah ke atas Anwar.

“Memang semua orang simpati dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar. Ini tidak boleh dinafikan.

“BN takut rakyat tak undi mereka. Tambahan pula, tak ramai yang hadir ke ceramah BN seperti Pakatan Rakyat sehingga memaksa BN

membawa orang luar untuk dengar ceramah mereka,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin sebagai TPM sepatutnya berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.

“Kita ingatkan bila memegang jawatan TPM, maka konsep kempen lebih profesional, ini tidak – billboard Wan Azizah yang sedang berdoa pun nak dikomen.

“Sepatutnya TPM tak perlu nak komen atau beri pesanan, itu bukan taraf orang nombor dua.

“Tapi nak buat macam mana, memang begitulah taraf pimpinan Umno,” kata Saifuddin dilapor berucap di Stadium Kajang semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722