MALAYSIAKINI
Jika dua objek kabur yang digambar dari angkasa disahkan sebagai serpihan dari pesawat MH370, saintis masih menghadapi satu tugas berat untuk mencari dan mendapatkan perakam sensitif yang mengandungi petunjuk kepada kehilangan pesawat Malaysia itu.
Dengan begitu sedikit yang diketahui tentang mengapa penerbangan KL-Beijing itu menukar haluan dan hilang selepas meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, mencari 'kotak hitam' itu dilihat sebagai satu-satunya harapan sebenar untuk memahami apa yang terjadi kepada pesawat dan 239 orang di dalamnya.
Semalam, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata objek yang mungkin dari pesawat tersebut, ditemui di Lautan Hindi. Kawasan ini seluas kira-kira 2,500 km (1,500 batu) di barat daya Perth, di atas rabung gunung berapi di perairan yang kedalamannya dianggarkan 2,500 hingga 4,000 meter (8,200 kepada 13,120 kaki).
Ia sepadan dengan di penghujung selatan di pesawat itu mungkin terbang selepas penyiasat mengesyaki haluannya sengaja dialihkan.