Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ku Nan, hartanah dan nilai wanita

$
0
0

Oleh Aishah

nan lge


SEBELUM ini, ramai yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai seksis kerana mengatakan “nenek” kepada ADUN Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid (UMNO) semasa persidangan DUN Pulau Pinang yang telahpun melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Perkataan “nenek” yang dilihat sebagai satu isu besar bagaimanapun tidaklah mempunyai kapasiti besar untuk menanggung maksud berunsur penghinaan, malah dalam budaya Melayu yang penuh tata tertibnya, kata-kata seperti “datuk”, “nenek”, “ayah”, “ibu” itu menunjukkan penghormatan.

Untuk tidak memanjangkan lagi isu yang dilihat sepele yang sengaja dibangkitkan pihak pembangkang di negeri pulau mutiara ini, Ketua Menteri telah pun dengan rasa rendah rendah diri meminta maaf untuk perkataan “nenek” tersebut.

Namun, apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan di pihak UMNO masih tidak atau kurang kesedaran gender. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur.

Tindakan Ku Nan ini masih lagi terperangkap dalam binari subjek-objek, seks pertama-seks kedua, kuat-lemah, baik-jahat dan sebagainya. Kenyataan seperti ini seharusnya tidak dituturkan oleh mereka yang bergelar menteri! Tambahan pula, wanita bukanlah objek. Wanita mempunyai hak-hak mereka dan wajar dihormati layaknya seperti manusia lain.

Kejadian ini menguatkan lagi, bahawa tiada sebarang perubahan yang berlaku dalam cara berpikir parti UMNO setelah 56 tahun memerintah negara ini.

Kita semua sedia maklum dan cukup hafal dengan kenyataan dan kata-kata seksis yang dilemparkan ketika persidangan parlimen oleh parti Barisan Nasional. Ini bukanlah satu perkara baru yang boleh dipandang secara remeh.

Tidak cukup dengan mengiktiraf wanita adalah tulang belakang parti UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 oleh DS Najib Razak, ini dilihat ramai sebagai permainan kata-kata dan tiada langkah yang substantif dalam mengangkat keupayaan wanita sebagai pemimpin.

Bukan itu sahaja, “pengiktirafan” ini sangat padan dengan kenyataan Ku Nan yang masih melihat wanita sebagai objek – ‘supporting roles’, bukan sebagai pemimpin.

Keadaan ini juga bertepatan dengan laporan UNDP yang mengatakan walaupun ahli wanita satu-satu parti terdiri daripada 40-50 % daripada jumlah ahli parti, kelompok ini masih kurang menduduki jawatan penting sebagai pembuat keputusan dalam parti tersebut.

Oleh itu, tidak hairanlah menteri kabinet Malaysia masih didominasi oleh lelaki walaupun Barisan Nasional telah memerintah selama lebih 50 tahun ! Ini jugalah antara intipati yang diucapkan dalam ucapan penggulungan Chong Eng iaitu Ahli EXCO kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Kegagalan untuk menciptakan persekitaran yang mesra gender ini jelas diterjemahkan dalam kata-kata DS Tengku Adnan Tengku Mansor yang membandingkan wanita dengan harta tanah. Ini memerlukan lebih daripada ucapan maaf. Ini memerlukan perubahan pemikiran dan kesedaran.
UNDP ada menggariskan lapan agenda (Eight Point Agenda) sebagai Pencegahan dan Pemulihan Krisis untuk memberdayakan wanita dan kesetaraan gender antaranya;

1. Hentikan Keganasan terhadap Wanita (Stop violence against women);
2. Menyediakan keadilan dan keselamatan kepada wanita (Provide justice and security for women);
3. Meletakkan wanita sebagai pembuat keputusan (Advance women as decision-makers);
4. Melibatkan wanita dalam proses pendamaian (Involve women in all peace processes);
5. Menyertakan isu wanita dalam agenda kebangsaan (Include women’s issues in the national agenda);

Kesemua ini akan membantu negara Malaysia dari segi membaiki kedudukannya dalam kesetaraan gender secara global, yang kini sangat sedikit perkembangannya berbanding Afrika! Dan sehingga 31 Januari 2013, wanita yang hanya menduduki parlimen sebanyak 20 % di seluruh dunia.

Justeru, kata-kata Ku Nan itu tadi sendiri mempamerkan rekod buruk Barisan Nasional dalam mengangkat isu wanita di negara ini. Persoalan penting yang harus kita tanyakan apakah pencapaian kerajaan pusat selain “mengiktiraf” ahli wanita UMNO sebagai “tulang belakang” dan “menghambur” kata seksis wanita sebagai objek? – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722