MALAYSIAKINI
Penyiasat Amerika Syarikat masih belum mengesahkan sekiranya data daripada alat simulasi penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 telah dipadam dengan sengaja.
Pasukan berkenaan juga tidak pasti sekiranya siasatan ke atas data berkenaan akan memberi petunjuk baru, lapor agensi Reuters yang memetik kenyatan pegawai yang tidak dinamakan.
Menurut sumber berkenaan, pasukan Federal Bureau of Investigations (FBI) dari negara itu membantu pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat dari data alat simulasi penerbangan berkenaan.
Laporan itu timbul susulan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa siasatan mendapati daftar maklumat dalam alat berkenaan dipadamkan pada 3 Februari, lebih sebulan sebelum pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan.
Polis menggeledah rumah juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah pada 15 Mac, sejurus selepas sidang media perdana menteri yang mengumumkan bahawa siasatan ditumpukan kepada anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan.
Dalam operasi itu, polis merampas simulator dengan tiga skrin monitor komputer berkenaan di rumah Zaharie di Shah Alam.
Polis menemui tiga jenis permainan simulasi penerbangan dikenali dengan nama Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X Flight Simulator dalam alat berkenaan.
Data dalam alat berkenaan diserahkan kepada FBI, bersama data dari media elektronik yang digunakan oleh Zaharie, dan juga oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.