HARAKAHDAILY
BANGKOK: Thailand memohon bantuan antarabangsa untuk mengenal pasti kewarganegaraan kira-kira 200 orang Islam tidak dikenali yang ditahan di sebuah ladang getah di wilayah Songkhla hampir seminggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar kerajaan sementara, Surapong Tovichakchaikul, berkata pihak berkuasa Thailand telah menghubungi Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM) semalam untuk membantu mengenal pasti kumpulan itu yang bertutur dalam bahasa Turki, dipercayai pelarian.
Beliau berkata Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telahpun menghantar pegawai untuk menjaga mereka.
Surapong berkata para pegawai dari China dan Turki juga telah dihantar untuk membuat pemeriksaan.
Songkhla terletak di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia dan ini menimbulkan kemungkinan bahawa mereka mungkin cuba memasuki Malaysia. - Bernama