RAKYAT NEWS
KUALA LUMPUR - Seramai sembilan individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert Festival Future Music Asia 2014 (FFMA), dibenarkan keluar hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh berkata mereka yang terbabit iaitu empat warga Singapura yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Manakala lima lagi yang dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), masing-masing seorang warga Taiwan, Filipina, Iran serta dua warga Singapura," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Enam lagi mangsa yang terdiri dari lima warga Singapura dan seorang warga tempatan itu, masih menerima rawatan, katanya.
"Seorang daripada mereka dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), manakala bakinya di Prince Court Hospital" kata beliau.
Sementara itu, tangkapan terhadap pengunjung yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah itu masih kekal 29 orang iaitu 14 daripadanya warga tempatan dan 15 lagi warga asing.
Beliau berkata, setelah siasatan dijalankan 15 orang telah dituduh iaitu seorang warga tempatan dan 14 warga asing manakala dua orang dibebaskan dan 12 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
"Pihak polis akan terus menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes ini," katanya.
Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, maut akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil di sini. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun.