Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pelakon drama televisyen tetapi juga filem.
PETALING JAYA: Pada hari Selasa 17 Disember lalu,Azean Irdawaty , 63 tahun, pelakon terkenal meninggal dunia akibat penyakit tumor dan lymphedema.
Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pelakon drama televisyen tetapi juga sebagai pelakon filem.
Filem filem lakonannya ialah Esok Masih Ada (1979), Perjanjian Syaitan (1981), Mama Oh Mama (1981), Langit Petang (1982), Perempuan (1988), Bintang Malam (1991) ,Sutera Putih (1996),Amelia (1996), Gemerlapan (1997),Layar Lara (1997),Baginda (1997),Burung Besi (1999),Anaknya Sazali (2000),Laila Isabella (2003),Kemarau Cinta (2005),Anak Mami Kembali (2005),Main-Main Cinta (2006),Diva Popular (2006),Waris Jari Hantu (2007),Otai (2007),Nana Tanjung 2 (2007),Talentime (2009).
Drama tv beliau yang terkenal ialah Ratu Jamu,Kembali,Datin Diaries dan Aishah 50 Sen. Selain itu beliau juga pernah menjadi penyanyi dengan merakamkan dua album iaitu Rahsiaku Laguku (WEA – 1979) dan Kesedihan Di Matamu (WEA – 1980).
Beliau memang seorang pelakon yang hebat kerana memenangi beberapa anugerah iaitu Pelakon Wanita Terbaik (FFM) 1980 :: Filem Esok Masih Ada,Pelakon Wanita Terbaik (FFM) 1982 :: Filem Langit Petang, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) 1997 :: Filem Amelia, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) 2008 :: Filem Waris Jari Hantu,Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1995 :: Drama Kembali,Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1998 :: Drama Najiha,Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 :: Drama Bila Patah Ranting.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Pemergian pelakon terkenal Azean Irdawaty memberi kesan yang mendalam kepada para pelakon dan pengarah yang pernah bekerja bersama Allahyarham.
Dengan bakat yang ada, pemergian primadona filem Melayu merupakan satu kehilangan yang besar kepada industri perfileman tempatan.
`Kesedihan’
“Ada sedikit kesedihan pada kami yang masih ada lagi. Pada tahun ini sahaja, telah ada lapan seniman dan seniwati yang telah pergi. Antaranya adalah Omar Suwita,Yahya Sulong,S Shamsuddin,Kuswadinata,Latifah Omar, Datin Umi Kalsom,Maimon Mutalib, dan yang kemudian sekali Azean Irdawaty,” kata Datuk Aziz Satar.
Beliau yang pernah berlakon bersama Azean dalam filem Layar Lara dan drama Aishah 50 Sen memuji bakat dan disiplin yang ada pada Allahyarham.
“Beliau mempunyai disiplin, penghayatan yang bagus, mengenali, mencintai dan menjiwai (lakonan). Apa yang beliau lakonkan banyak memberi kesan kepada penonton,” tambah Aziz.
Walaupun sering bergurau di lokasi penggambaran, Aziz memuji dedikasi Azean.
“Dia antara yang akan menumpukan perhatian kepada kerja beliau dan jarang bergurau dengan berlebihan. Oleh kerana itu beliau berjaya menjadi seniwati yang terbaik.”
Pelakon veteran Norlia Ghani juga turut bersedih dengan pemergian Azean.
“Saya tumpang bersedih kerana artis bergilir-gilir meninggal sejak akhir-akhir ini. Kesian beliau yang sudah sakit dengan sekian lama,” kata beliau.
Akui agak sukar untuk berjumpa dengan Azean ketika beliau sakit, namun Norlia berkata mereka berdua sering berhubung menerusi sistem pesanan ringkas SMS.
`Dia bertanya khabar’
“Kadang-kadang terbalik pula kerana beliau yang akan bertanya khabar saya.
“Susah nak menggantikan kebolehan beliau. Saya meminati lakonan beliau. Dia versatile, beliau primadona dalam lakonan,” tambah Norlia.
Pengarah tersohor Datin Paduka Shuhaimi Baba yang berkejasama dengan Azean dalam filem Waris Jaris Hantu.
“Beliau sering mengelar diri beliau sebagai Tok Wan ketika pembikinan filem Waris Jaris Hantu. Saya ini adalah ‘cucu’ beliau. Kami sering berhubung melalui mesej. Beliau juga tidak pernah menunjukkan
“kesakitan beliau. Beliau terus bersenyum,” kata Shuhaimi sambil mengesat air mata.
Beliau memuji sikap Azean yang begitu profesional dan sering melakukan research ketika skrip diberikan kepada beliau.
“Beliau sendiri akan meminta skrip penuh dan bukan sahaja skrip yang mempunyai babak beliau sahaja. Beliau akan belajar watak dan menulis nota di skrip. Saya akan berikan lebih masa untuk beliau belajar jika perlu.
“Beliau juga amat pemurah dan akan memberi tunjuk ajar kepada pelakon-pelakon lain. Tetapi janganlah datang lambat, kerana beliau tidak segan untuk bersuara kerana beliau akan datang tepat pada masa atau lebih awal,” akhiri Shuhaimi.
Azean di zaman mudanya dikatakan telah bercinta dengan anak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ibrahim Tan Sri Yaacob.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarhamah Azean Irdawaty. Alfatihah.