Oleh Subky Latif
Sedang kebanyakannya berfikir tentang semua orang fikir terhadap penerbangan MH370 MAS, saya suka berefikir tentang yang orang tidak fikir.
Semua orang sama ada rakyat, mahupun warga asing, pakar dalam bidang masing-masing berteori tentang pesawat yang hilang itu, tiada siapa terfikir mengatakan ia dilarikan ke Mongolia, terhempas di Mongolia atau ia adalah balasan gara-gara tidak berlaku adil nasib yang menimpa warga Mongolia.
Sudah dekat sedekad dunia dihebohkan oleh mayat nona Mongolia, Altantuya diletupkan secara zalim di Malaysia oleh orang yang bekerja dengan kerajaan Malaysia dan ketahui bertugas dengan keluarga yang sangat berkuasa, maka tiada apa-apa keadilan ditegakkan keatas nona itu.
Ada dua kejadian menjolok mata menimpa nona itu. Pertama dia dibunuh. Kedua mayatnya diletupkan hingga hancur berkecai.
Ayahnya berkali-kali datang ke negara ini menuntut keadilan ditegakkan atas nona itu. Tiada pembelaan dan keadilan dibuat terhadapnya.
Siapa saja angkara pembunuhan dan jenayah itu, ia adalah jenayah dan kezaliman yang jadi tanggungjawab kerajaan kerajaan mengadilinya. Sesiapa saja yang berada di negara ini, sama ada rakyat, pendatang kerana bekerja atau melancong, maka masing-masing mesti mendapat perlindungan keselamatan.
Amat aib bagi negara dan kerajaan apabila ada jiwa dicabut secara jenayah. Dan jadi jenayah pula bagi kerajaan yang tidak mengambil tindakan keadilan atas angkara itu.
Yang saya fikir, jika kezaliman tidak diadili oleh manusia dan kerajaan, maka Allahlah yang pasti menghukum dan menegakkan keadilan.
Allah kadang-kadang tidak menimpakan hukuman itu terus serta merta kepada bedebah itu, tetapi balasan umum ditimpakan kepada negara, masyarakat dan kerajaan pada masa tertentu, ketika ada yang masih ingat dan ramai yang lupa.
Tidak mungkinkah pesawat yang ghaib itu adalah balasan terhadap kezaliman terhadap nona Mongolia itu? Sekalipun tiada seorang dari penumpangnya ada kena mengena dengan jenayah itu terutama warga asing dari beberapa negara, tetapi ia adalah hukuman yang dikenakan kepada kerajaan negara, rakyat baik yang jadi mangsa perbangan atau pun tidak, dan sekalian umat manusia yang ada tanggungjawab atas keadilan.
Mungkin ia gara-gara diupah oleh orang Mongolia kerana balasan terhadap kedaulatan negara yang gagal menegakkan keadilan, maka ia yang merampas pesawat atau melarikannya ke Mongolia atau meletupkannya di angkasa atau angkara itu ia terhempas di rimba atau terbenam di lautan.
Balasan Allah iltu adalah bala. Bala bagi mangsa – penumpang dan anak kapal – tidak diketahui nasib mereka. Kiranya ia kecelakakan, maka nasib mereka adalah antara mereka dan Allah. KepadaNya mereka kembali. Bagi sekalian keluarga dari warga apa sekali pun ia adalah kehilangan yang diratapi dan ujian yang amat dirasai. Ia ujian kesabaran bagi yang beriman.
Jangan kata ia bukan deraan pilu bagi rakyat dan penduduk Malaysia. Peritnya hingga ke tulang sulbi. Bagi negara asing yang rakyatnya beroleh malang, juga deraan kepada warga masing-masing.
Bagi keluarga Altantuya dan warga Mongolia, apa jua musibah yang melanda Malaysia dikira balasan dendam terhadap kealpaan Malaysia menegakkan keadilan terhadap nona itu.
Bala bagi si nona dia terbunuh dan mayatnya diletup berkecai. Jika MH270 meletup di udara, bukan sekadar pesawat berkecai, beratus orang di dalamnya berkecai sepertinya. Kata Pak Pandir, ‘Bukan Andih saja yang mati anak.’
Saya hanya berfikir apa yang orang tidak fikir.