Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

TUDM: Seperti cari jarum dalam jerami

$
0
0

MALAYSIAKINI



 
 
 
Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata dua koridor yang dikenal pasti sebagai kemungkinan laluan pesawat MH370 selepas ia dilencongkan sangat luas dengan bucu terdekatnya berjarak 1000 batu nautika dari sempadan tanah air.

Justeru katanya, misi mencari dan menyelamatkan akan menggunakan aset berkemampuan jarak jauh dan mampu digunakan sehingga 16 jam seperti P-3C Orion dan Hercules C130.

"TUDM kini sedang berbincang bagaimana menggerakkan SAR ini dengan lancar di dua koridor tersebut.

"Kenapa kita gunakan kod koridor? Sebab lokasinya luas seperti mencari jarum dalam jerami.

"Kedua-dua koridor ini seperti cerminan antara satu sama lain iaitu bahagian utara di sekitar Kazakhstan, Turkmenistan dan Tajikistan sehingga ke utara Thailand sementara bahagian selatan di sekitar Lautan Hindi," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722