THE MALAYSIAN INSIDER
Kualiti udara di kawasan-kawasan tertentu di negara ini hari ini semakin tidak sihat akibat jerebu tebal dan keadaan itu tidak sepatutnya berlaku jika pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada, kata seorang aktivis sosial tempatan.
Datuk Seri Ang Lai Soon, yang digelar kumpulan alam sekitar sebagai “green crusader”, berkata kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia tidak sepatutnya terjejas atas nama kemajuan dan kemakmuran.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Pelabuhan Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebagai tidak sihat dengan bacaan 203 pada 1 petang manakala 12 kawasan lain di Lembah Klang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka terus merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Dalam satu kenyataan, Ang berharap pihak berkuasa bertindak untuk memastikan keadaan kualiti udara, yang kini agak membimbangkan, terkawal.
JAS menyenaraikan sumber utama pencemaran di Malaysia berpunca daripada kegiatan industri, aktiviti pembangunan, kenderaan bermotor, pembukaan tanah dan pembakaran terbuka dan kebakaran hutan.
Ang berkata semua pencemaran dapat dikawal, melalui undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang agar ia dipatuhi.
Ang, yang juga seorang dermawan dari Sarawak, memetik satu dapatan oleh BMZ, sebuah pertubuhan Jerman, bahawa pertumbuhan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang diurus secara lestari memerlukan dasar alam sekitar yang moden dan komprehensif termasuk kawalan pencemaran udara.
Mengenai pencemaran udara yang terhasil dari luar sempadan Malaysia, Ang mencadangkan supaya pihak berkuasa bukan sahaja memilih kepada usaha diplomasi tetapi juga mengenakan caj ke atas mereka yang terlibat dalam pencemaran itu dengan kos yang ditanggung dalam semua aspek bagi menangani pencemaran.
Ang yang juga pengasas St John Ambulans Sarawak berkata tahap pencemaran udara berbahaya perlu dihapuskan bagi kesejahteraan dan kebajikan orang ramai terutama orang muda, warga emas dan yang mudah terjejas terutama mereka yang mempunyai masalah paru-paru, pesakit kanser dan jantung, penghidap kencing manis dan ibu-ibu yang mengandung.
"Setiap orang terjejas akibat jerebu atau kabut yang teruk tetapi mereka yang paling teruk terjejas adalah mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah. Masalah ini bukan hanya khusus di negara ini tetapi juga di seluruh dunia," katanya. – Bernama