Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pelabuhan Klang catat peningkatan IPU sangat tidak sihat petang ini

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER






























Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 233 yang dikategorikan sebagai “sangat tidak sihat” setakat 5 petang ini, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut JAS, 13 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (109), Bukit Rambai (128), Nilai (172), Port Dickson (137), Seremban (141) dan Tanjung Malim (120).

Lokasi lain ialah Banting (189), Kuala Selangor (179), Petaling Jaya (159), Shah Alam (150), Batu Muda (163), Cheras (137) dan Putrajaya (168).

Terdapat 19 kawasan mencatat petunjuk IPU sederhana baik antaranya Kemaman (56), Sibu (62) dan Tanah Merah (57) manakala 19 kawasan mencatat bacaan IPU baik iaitu Kota Tinggi (46), Langkawi (39) dan Kuala Terengganu (25).

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. – Bernama,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722