Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Juruterbang MH370 beri respons baik sebelum hilang

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

 
Juruterbang pesawat MH370 Zaharie Ahmad Shah (gambar) tidak menggambarkan situasi cemas sebelum pesawat itu gagal dikesan, kata Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC).

Penolong pengarahnya, Siti Sarah Lebai Abu berkata Zaharie kali terakhir dihubungi sewaktu kod talian menara kawalan Ho Chi Minh mahu diberikan kepadanya.

"Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang, beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari," katanya dipetik daripada Sinar Harian.

MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada Sabtu lalu hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.

Nasib pesawat yang membawa 227 penumpang yang terdiri daripada 14 negara dan 12 krew kabin masih belum diketahui.

Sarah berkata 40 minit pertama penerbangan semuanya kelihatan lancar selepas pesawat itu berlepas dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

"Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pengkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian," katanya.

Hari ini, media melaporkan seorang petani mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang rendah sekitar jam 2 pagi pada hari pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Ibrahim Konok yang berasal dari Tumpat, Kelantan melihat kesan kebakaran pada ekor sebuah pesawat selama lima minit semasa berada di ruang angkasa sewaktu dia menanam lada di ladang semaian terbuka.

Dia mendakwa terlihat lambang Malaysia Airlines (MAS) di ekor pesawat sebelum hilang daripada penglihatan kira-kira lima minit kemudian.

Mendengar tentang berita kehilangan pesawat MAS itu, Ibrahim membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Bernama pula melaporkan lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722