Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

APMM tidak dapat sahkan rakit penyelamat daripada MH370, pencarian buntu

$
0
0

OLEH MD IZWAN


Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap pada sidang media petang ini di Pasir Puteh, Kelantan berhubung penemuan rakit penyelamat di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Mac, 2014.Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish bercakap pada sidang media petang ini di Pasir Puteh, Kelantan berhubung penemuan rakit penyelamat di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 



























Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak dapat mengesahkan rakit penyelamat yang dikatakan ditemui di Port Dickson adalah daripada MH370 yang hilang.

Setakat ini, APMM tidak dapat memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum memberi sebarang pengesahan.

"Kami tidak menerima sebarang pengesahan daripada MAS dan DCA.

"Pengesahan perlu dibuat oleh pihak berwajib, iaitu MAS dan DCA," kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish pada sidang media di pangkalan APMM di Pasir Puteh, hari ini.

Mohd Amdan bagaimanapun tidak menafikan APMM di Melaka melihat rakit tersebut tetapi gagal membawanya naik ke atas kapal.

"Bot yang menuju ke lokasi rakit dikatakan ditemui cuba bawa naik, tapi ia tiba-tiba tenggelam," katanya.

Usaha cuba membawa naik tersebut gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi dan ia terlalu berat.

"MAS sendiri perlu mengesahkan sama ada objek itu milik mereka atau tidak," katanya dan memaklumkan masih menunggu pengesahan MAS.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722