Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Semua penumpang daftar masuk penerbangan MH370 naik pesawat

$
0
0
OLEH LEE SHI-IAN


Semua penumpang yang mendaftar masuk penerbangan MH370 berada dalam pesawat hilang itu ketika ia berlepas meninggalkan KLIA pada Sabtu. Gambar fail.Semua penumpang yang mendaftar masuk penerbangan MH370 berada dalam pesawat hilang itu ketika ia berlepas meninggalkan KLIA pada Sabtu. Gambar fail. 



























Polis hari ini menolak laporan sebelum ini berhubung lima penumpang yang daftar masuk penerbangan Malaysia Airlines MH370 tetapi tidak menaiki pesawat tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata semua penumpang yang menempah tiket untuk penerbangan tersebut menaiki pesawat itu, yang sehingga kini masih belum ditemui selepas 4 hari dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Tidak ada penumpang yang daftar masuk penerbangan itu tetapi tidak naiki pesawat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bercanggah dengan Jabatan Penerbangan Awam yang mendakwa ada lima penumpang tidak menaiki pesawat tersebut, Khalid berkata beliau tidak membuat kenyataan itu.

"Sekarang saya mendedahkan penemuan pasukan siasatan kami diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Biar saya simpulkannya, setiap orang yang sepatutnya berada di dalam pesawat, memang menaiki pesawat tersebut," katanya ketika ditanya wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan media bahawa lima penumpang yang mendaftar masuk penerbangan tersebut tidak berada dalam pesawat.

Azharuddin berkata, bagasi lima penumpang tersebut dikeluarkan sebagai mematuhi prosedur yang ditetapkan.

"Satu-satunya yang tidak menaiki penerbangan MH370 ialah seorang wanita yang tersilap tarikh dan menghubungi MAS membatalkan tempahannya," kata Khalid.

Ditanya punca kehilangan MH370, Khalid berkata, pihak polis akan menyerahkan perkara tersebut kepada pakar penerbangan.

"Kami juga sedang menyemak CCTV (kamera litar tertutup) dan gambar yang diambil dari kawasan kargo sekiranya ada apa-apa petunjuk di sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat, berkata siasatan pihaknya tidak mendapati sebarang perkara luar biasa atau kekurangan langkah keselamatan.

Katanya, kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali tiba di Malaysia pada 28 Februari, jam 8 malam.

"Pegawai imigresen yang memeriksa pasport mereka bertindak mengikut SOP jabatan.

"Pegawai tersebut mengesahkan persamaan antara ciri wajah dan gambar pasport mereka.
"Mereka juga menanyakan beberapa soalan, seperti tujuan lawatan mereka,” katanya.

Aloyah berkata, setelah berpuas hati dengan jawapan mereka, kedua-dua penumpang tersebut diberikan pas lawatan 90 hari.

Pasport mereka dilaporkan dicuri beberapa bulan lalu dari warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel, di Thailand.

Aloyah berkata, imigresen membenarkan kedua-dua penumpang itu meninggalkan Malaysia pada 7 Mac, setelah berpuas hati dengan dokumen dan visa mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722