Oleh : LIZAWATI MADFA
KAJANG: Tekad untuk memastikan kemenagan Pakatan Rakyat (PR) mendorong penyokongnya hadir memberikan suntikan semangat kepada calon mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.
Berasal dari Negeri Sembilan, Raja Harman Sah Raja Shah Mirnan, 56, berkata dan beberapa rakan sanggup datang dari jauh untuk menzahirkan sokongan seawal Subuh.
Katanya, mereka juga akan turun membantu jentera di Kajang sepanjang tempoh kempen dan tidak terhad untuk hari ini sahaja.
“Umno-BN sudah tidak boleh pakai lagi. Mereka perlu dikalahkan dan kerajaan baru perlu diundi,” katanya.
Sementara itu, Bakri Dahlan, 55, berharap PRK Kajang mampu memberi kejutan besar kepada Kerajaan Umno-BN akan kebangkitan rakyat.
“Saya jangkakan kemenangan akan berpihak kepada kita terutama lawan adalah calon daripada parti yang ditolak rakyat sebelum ini.
“Harap rakyat Kajang cukup berinformasi dan tidak terkesan dengan BR1M itu,” katanya yang hadir bersama isteri ke pusat penamaan calon seawal pagi tadi.
Terdahulu, beliau menyertai kira-kira 1,000 penyokong PR bagi memberi semangat kepada Wan Azizah yang juga Presiden PKR yang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding menentang calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam PRK berkenaan, pada 23 Mac ini.EZY