Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kumpulan hak asasi kecam penganiayaan Anwar

$
0
0

MALAYSIAKINI





Aktivis hak asasi manusia antarabangsa dan tempatan mengutuk keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat II dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Presiden Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia, Karim Lahidji mendakwa penganiayaan kehakiman yang berterusan terhadap Anwar itu merupakan satu titik hitam dalam badan kehakiman Malaysia.

"Sabitan Anwar yang mengejutkan semalam adalah bab terbaru dendam politik parti pemerintah terhadapnya yang telah berlaku selama sejak lebih daripada 15 tahun," kata Karim dalam satu kenyataan bersama dengan NGO hak asasi manusia yang berpangkalan di Malaysia, Suaram.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang semalam membenarkan rayuan pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar atas tuduhan liwat II pada tahun 2012. Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya.

Homoseksual adalah dilarang di Malaysia.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan Anwar dikenakan ikatjamin RM10,000 sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722