MALAYSIAKINI
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau sudah menjangkakan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan pada bila-bila masa, sewaktu mula merangka 'Langkah Kajang' lagi.
"'Langkah Kajang' dia sekat satu jalan kita ada 10 jalan yang lain. Yang pasti Umno perlu dihancurkan.
"Peganglah cakap saya, Datuk Seri Anwar akan dijatuhkan hukuman ini cuma tunggu masa sahaja," katanya sewaktu bercakap di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kelima hari ini.
Menurut Rafizi, beliau sendiri menjangkakan yang beliau juga akan dipenjarakan pada bila-bila masa, susulan hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar.
"Saya ada kes di mahkamah dan tak ada sekali pun saya menjangkakan saya akan bebas," kata sewaktu berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat pagi tadi.
Rafizi sedang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 97 Akta Perbankan dan Industri Kewangan 1989 (Bafia) kerana didakwa mendedahkan beberapa dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada bulan 7 Mac 2012.
Jika sabit kesalahan, beliau bakal berhadapan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda sebanyak RM3 juta.
Bercakap lanjut, Rafizi berkata walaupun hukuman penjara ke atas Anwar dilihat sebagai satu bentuk sabotaj, ia tidak akan merencatkan 'Langkah Kajang' yang akan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
"Dia (Umno BN) boleh cuba sabotaj 'Langkah Kajang' kita tetapi asasnya tetap sama iaitu Selangor akan jadi platform kita untuk sampai ke Putrajaya," katanya.
Tanpa memberikan sebarang perincian, Rafizi menggesa peserta konvensyen agar merenung langkah seterusnya yang perlu diambil sebagai reaksi kepada 'sabotaj' tersebut.
"Tanya diri kita (jika) itu langkah yang Umno telah buat, yang perlu kita jawab ialah apa langkah kita seterusnya saudara?" katanya.