SELANGORKINI
KUCHING: Masih ramai di negara ini tidak tahu mangsa serangan binatang buas boleh memohon bantuan menerusi tabung khas yang diwujudkan pada 2005, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Katanya bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas, Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas membantu 348 mangsa di seluruh negara membabitkan jumlah RM1.7 juta.
Kedah mencatatkan penerima terbanyak dengan 123 orang, diikuti Kelantan (69), Sarawak (43), Terengganu (30), Perak (19), Perlis (14), Pahang (13), Negeri Sembilan (12), Selangor (8), Melaka dan Sabah (masing-masing 5), Johor (4) dan Pulau Pinang (3), katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata kes paling banyak membabitkan serangan ular (190 kes), buaya (42), babi hutan (36) dan beruang (2).
Dalam usaha meningkatkan lagi perlindungan, bermula tahun lepas liputan tabung itu diperluas kepada serangan haiwan akuatik seperti ikan pari dan obor-obor, katanya.
“Kadar bantuan berdasarkan kepada tahap kecederaan yang dialami mangsa dengan kadar maksimum RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia, koma atau hilang upaya kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan,” katanya.
Tabung yang diluluskan Kabinet pada 2004 itu diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab menyediakan laporan terperinci kes untuk dijadikan asas permohonan bantuan.
Antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang). (Bernama)