MALAYSIAKINI
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) "tidak akan membawa kita ke mana-mana" dalam mengurangkan kemiskinan, tetapi dijangka semakin melebar ekoran pengurangan subsidi bahan api, kata seorang pakar ekonomi.
Prof Madya Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan
UM, (tengah dalam gambar) berkata pemberian wang tunai tidak menyediakan program satu perlindungan sosial yang holistik atau menyediakan insentif untuk keluar daripada kemiskinan.
"BR1M tidak akan membawa kita ke mana-mana dalam jangka masa panjang dalam menyelesaikan kemiskinan di negara ini," kata Fatimah sambil menggesa kerajaan supaya "berani" dalam mencari jalan keluar dari BR1M .
Pemotongan subsidi bagus...
Bercakap dalam satu sidang akhbar mengenai kajian pusat itu terhadap impak pemotongan subsidi ke atas ketidak-samarataan, Fatimah berkata pengurangan subsidi adalah baik kerana mereka menghapuskan herotan kepada pasaran dan membolehkan wang itu disasarkan kepada mereka yang memerlukannya.
Bagaimanapun, katanya, inisiatif yang didorong oleh pasaran juga perlu dilihat, untuk mengurangkan kemiskinan, dan bukannya "bantuan" seperti BR1M.
Walaupun ianya baik dengan BR1M disasarkan mengikut tahap pendapatan, tetapi bantuan itu perlu terikat kepada pewujudan pekerjaan dan akses kepada pekerjaan.
Sebagai contoh, Dekan Kluster Kajian Kesaksamaan Masyarakat, Prof Jamilah Mohamad berkata, bantuan pendapatan boleh diikat dengan penjanaan pendapatan tambahan, seperti di peringkat mikro-kredit Grameen.
Mikro kredit Grameen diperkenalkan pada tahun 1976 oleh pengasas Bank Grameen Bangladesh, Muhammad Yunus, yang mempelopori konsep menyediakan pinjaman kecil tanpa cagaran kepada golongan miskin, berdasarkan prinsip bahawa pinjaman lebih baik daripada memberi sumbangan untuk menangani kemiskinan.
Dalam hubungan itu, Prof Fatimah berkata kita mempunyai Yayasan Ikhtiar dan ia mungkin boleh diubahsuai dan diperkenalkan.