Tan Sri Khalid Ibrahim memeterikan MOU dengan kerajaan pusat tanpa memberitahu pimpinan PKR untuk mengelakkan ‘rent seekers’ dari mempengaruhi perjanjian dan urusan untuk menyelesaikan isu air terawat diantara kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kata Khalid beberapa orang pimpinan PR telah menemukan beliau dengan beberapa orang untuk menentukan nilai dan harga aset air di Selangor.
Khalid berkata beliau merupakan ‘investment banker’ yang berpengalaman dan beliau tidak mahu ‘principal’ yang penting tidak di ikuti iaitu untuk menilai aset dahulu baru ditetapkan harganya. Tetapi di sebaliknya mereka (pimpinan PKR) mahukan ditentukan harganya dengan tinggi dahulu baru di buat penilaian mengikut harga yang telah ditetapkan itu.
Menentukan harga dan tentukan nilainya mengikut harga yang dipersetujui itu, merupakan perkara yang sangat selalu kita dengar dan itu merupakan perkara yang selalu dilakukan oleh projek-projek besar dalam kerajaan UMNO. Itu yang menyumbang kepada korupsi yang begitu menular dalam BN. Itu pun yang rakyat marah dan memilih untuk memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PKR dalam pilihanraya dahulu di Selangor.
Tetapi apabila PKR mentadbir, perkara yang sama nampaknya berlaku juga dan itu yang membuatkan Khalid tidak berpuas hati dan melaksanakan apa yang telah terurus dengan kerajaan Persekutuan dengan cepat tanpa memberi tahu parti terlebih dahulu. Zaid Ibrahim, bakal calon bebas, dalam PRK Kajang telah menyebut isu Anwar mahu menjadi MB Selangor untuk mempengaruhi ‘deal air’ yang merupakan satu ‘exercise’ yang begitu besar itu.
Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk merasa yakin terhadap kenyataan beliau (Zaid) yang Anwar juga tidak terlepas dari budaya dalam UMNO itu. Maka tidak salah jika saya katakan beberapa kali dalam blog ini yang Anwar merupakan seorang yang mempunyai DNA yang menebal dalam dirinya. Dalam sejarah Anwar, beliau tidak pernah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh UMNO semasa beliau berada di dalamnya, malahan beliau merupakan ‘proponent’ terbesar dalam pembentukan budaya ‘rent seeking’ ini.
Tetapi malangnya beliau dipecat dan baru lah beliau bercakap dengan nada yang nyaring yang UMNO di saratkan dengan budaya ‘rent seeking’ yang susah untuk dikawal. Tetapi kecenderungan budaya yang sama berlaku dalam PKR, juga nampaknya sangat besar dan ia diakui oleh Menteri Besar dari parti itu sendiri. Saya yakin dengan kata-kata TS Khalid ini kerana beliau merupakan ‘boss’ saya agak banyak tahun juga, semasa saya berkhidmat dengan sebuah agensi pelaburan kerajaan yang besar dalam mana TS Khalid adalah ketuanya. Budaya kerja dan sikapnya mengenai tindakan yang ‘professional’ tidak pernah diabaikan beliau.
Dalam perjanjian yang ditanda tangani tiga hari yang lepas, Kerajaan Selangor akan mengambil alih semua aset air di Selangor yang dipegang oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat pengeluar air Selangor (Splash) dan Konsortium ABASS (ABASS) dengan harga RM 9.6 billion.
Bagi kepentingan pihak kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan ‘development order’ dalam tempoh 30 hari untuk pembinaan ‘Langat 2 water treatment plant (Langat 2) (package 2A) serta distribution system (LRAL2)’. Dengan termetrinya MOU ini maka selesailah perbezaan diantara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang sudah berlarutan selama enam tahun sehingga hari ini.
PKR akan memanggil Khalid Ibrahim untuk memberikan penerangan terperinci tentang perjanjian yang tidak di maklumkan oleh Khalid kepada PKR itu. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan imej PKR yang tidak henti-henti melaungkan isu transperansi dan isu-isu keterbukaan tetapi kenyataan Khalid itu menampakkan dengan jelas yang PKR juga mempunyai dan mengalami budaya yang sama seperti yang ada di dalam UMNO itu.
Kedudukan PKR sebagai parti reformis tercalar kerana jika ada budaya-budaya yag sama di dalam PKR seperti yag ada dalam UMNO itu. Maka imej sebagai parti reformis itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat yang selama ini mengharapkan PKR untuk membetulkan keadaan buruk itu.
Imej reformis itu adalah kosong semata-mata. Samada DAP dan PKR boleh memulihkan kembali imej terbalik PKR itu, terpulang kepada keadaan. Pandangan sepintas lalu imej ini akan menusuk kedalam pemikiran dan jiwa rakyat yang sentiasa dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab itu.
Laungan PKR selama ini sudah menunjukkan bukti yang ia hanyalah indah khabar dari rupa. Tiada sisik perjuangan seperti yang dilaungkan mereka.
Kita memerhatikan keadaan dengan dekat, lebih-lebih lagi sejak tindakan Anwar memaksa PRK Kajang itu dilakukan dengan tergesa-gesa itu. Mungkin benar kata-kata setengah pihak, Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya tidak henti-henti menyusahkan rakyat yang sedang hidup dalam keadaan tenang sekarang ini.
Tetapi pengikutnya yang fanatik tetap percaya yang beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri…tidak dua , tidak tiga dan tidak ada yang lain pilihan Tuhan untuk memimpin kita. Kata mereka Anwar diturunkan kedunia ini untuk menyelesaikan semua masalah. Mungkin masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh PKR ini, akan membawa penyelesaian kepada semua masalah yang lain pula.
Tuhan tidak menurunkan Anwar untuk menyelesaikan masalah beliau sendiri. Malah beliau, biar rakyat yang menyelesaikannya. Itu pun dengan izinNya jua. Masanya akan sampai. Itu pun dengan kehendak dan izinNya juga.
Tetapi hukum akal berkata Pakatan Rakyat akan berpecah, buka kerana DAP atau PAS tetapi oleh kerana parti tunjangnya, iaitu PKR. Telahan saya mungkin salah, tetapi itu adalah telahan yang telah difikirkan dengan panjang dan teliti. Dalil-dalil perpecahan itu semakin hari semakin terang dan jelas.
Tetapi hukum akal berkata Pakatan Rakyat akan berpecah, buka kerana DAP atau PAS tetapi oleh kerana parti tunjangnya, iaitu PKR. Telahan saya mungkin salah, tetapi itu adalah telahan yang telah difikirkan dengan panjang dan teliti. Dalil-dalil perpecahan itu semakin hari semakin terang dan jelas.