Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR: Sikap boros diamalkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca kemelut ekonomi dan beban kewangan yang ditanggung rakyat, kata Ahli Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Menurutnya, Najib gemar membazirkan dan menggunakan wang kerajaan sewenangnya, sedangkan rakyat menanggung tekanan ekonomi hasil daripada langkah kerajaan menarik balik subsidi dan menaikkan harga barang.
Antaranya, kata Tian, tindakan Najib membayar jutaan ringgit kepada perunding luar negara selain mengeluarkan belanja besar bagi penggunaan pesawat mewah.
“Perbelanjaan yang berlebih-lebihan menjadi salah satu punca negara dan rakyat terpaksa menangung kemelut ekonomi yang teruk.
“Ini akibatnya apabila pentadbiran negara dan kewangan tidak dijalankan secara cekap, pemimpin boros membelanjakan wang rakyat melalui tindakan-tindakan yang tidak jelas hasil dan manfaatnya,” kata Tian ketika dihubungi.
Beliau merujuk laporan portal Indonesia baru-baru ini yang mencatatkan kedudukan Najib Razak dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros.
Najib juga dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.
Menurut Tian, kelemahan pentadbiran Najib dan keborosannya berbelanja turut mendapat kritikan daripada pemimpin Umno sendiri, seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
“Najib bukan setakat tidak perihatin terhadap masalah rakyat, tetapi gagal mentadbir dengan baik,” tambah beliau.
Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nazree Yunus berkata, Najib perlu berundur secara terhormat ekoran kegagalannya mentadbir negara.
” Kegagalan Najib mentadbir negara menyebabkan ekonomi makin tidak menentu, malah peningkatan harga barangan keperluan akibat kelemahan pentadbiran ekonomi membuatkan rakyat semakin terbeban.”
” Anak muda mendesak supaya Perdana Menteri berundur secara terhormat, lebih-lebih lagi apabila kini beliau diserang dari dalam umno sendiri,” tegas Nazree yang menjelaskan rakyat termasuk ahli Umno sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Najib.